KENYATAAN TAWARAN

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang berikut:-

 

i.                     220400 dan 220401 - Kerja-kerja Membersih Kawasan, Mencuci Bangunan dan Memotong Rumput

 

Cadangan Kerja-kerja Membersih Kawasan, Mencuci Bangunan dan Memotong Rumput di Institut Kemahiran MARA untuk sesi 2002.

 

NO. TAWARAN

TAJUK PROJEK / IKM

HARGA TAWARAN (RM)

TARIKH LAWATAN TAPAK

TARIKH TUTUP TENDER

52/2002

KERJA-KERJA  MEMBERSIH KAWASAN, MENCUCI BANGUNAN DAN MEMOTONG RUMPUT

 

1) IKM JOHOR BAHRU

50.00

14/6/2002

JAM

10.00 pagi

21/6/2002

 

Dokumen tawaran boleh  diperolehi di alamat tersebut di bawah pada waktu pejabat mulai 31/5/2002 hingga 13/6/2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh tersebut. Pemborong yang berminat adalah diwajibkan hadir satu sesi taklimat seperti catatan di atas dengan membawa dokumen tawaran.

 

Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan secara Tunai, Kiriman Wang atau Deraf Bank sebanyak RM 50.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) yang mana tidak akan dikembalikan. Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan asal Sijil Pendaftaran dan Sijil Pengiktirafan Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia semasa mengambil dokumen tawaran serta satu salinan sijil untuk simpanan MARA. MARA berhak menolak permohonan yang mana pada tanggapan MARA ianya tidak layak. Keutamaan akan ditawarkan kepada pembekal-pembekal tempatan.

 

Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan Kenyataan Tawaran yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat:

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR.