TENDER SEMULA

KENYATAAN TAWARAN NO: 1/2002

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran dipelawa kepada pemborong bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-

 

i.               Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas E atau EX di bawah Kepala II Sub-Kepala 2 (a), dan,

 

ii.              Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) di dalam Gred G2 dan kategori B04.

 

Bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

 

CADANGAN PEMBINAAN SURAU BARU DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) GERIK, DI ATAS LOT 3185, MUKIM KENERING, PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

 

i.               Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK.

ii.              Surat Pengiktirafan Taraf Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh PKK.

iii.            Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM.

 

Satu salinan Sijil-sijil Pendaftaran dan Surat Pengiktirafan di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat dengan Perintah Kiriman Wang/Bank Draft/Perintah Kiriman Pos sebanyak RM460.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 03-01-2001 hingga 17-01-2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR.

 

Pada atau sebelum 25-01-2002 jam 12.00 tengahari.