KENYATAAN TAWARAN NO. 4/2002

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-

 

i)               Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas E di bawah Kepala II Sub kepala  8(b), dan

ii)              Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM). Di dalam Gred G2, kategori B04 bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

 

MEMBAIKI KERJA-KERJA CACAT UNTUK CADANGAN PEMBINAAN INSTITUT PERDAGANGAN MARA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 2333, MUKIM BERANANG, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN   KERJA-KERJA BANGUNAN, KERJA-KERJA LUARAN DAN KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL.

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen.:-

 

i)               Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK

ii)              Surat Pengiktirafan Taraf Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh PKK.

iii)             Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM

 

Satu salinan Sijil-sijil Pendaftaran dan Surat Pengiktirafan di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat dengan Tunai/Bank Deraf/Kiriman Wang Pos sebanyak RM70.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 11/01/2002 hingga 25/01/2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini. Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan ke tapak yang akan diadakan pada 28/1/2002 jam 10.00 pagi dengan membawa bersama dokumen tawaran.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan disebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum 4 Feb. 2002 jam 12:00 tengahari