KENYATAAN TAWARAN

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-

 

i)               Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

ii)             Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)

 

Bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-

 

CADANGAN PEMBINAAN MALAYSIA INSTITUTE OF AUTOMOTIVE ENGINEERING TECHNOLOGY KULIM KEDAH DARUL AMAN.

 

TAWARAN NO.

KERJA-KERJA

PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (LPIPM)

HARGA DOKUMEN RM

 

KELAS

KEPALA

SUB KEPALA

GRED

KATEGORI

 

5/2002

Pemasangan Sistem Elektrik  Dan Telefon

I

VII

1,2,3,4,10 (a)

G5

E04, E05

660.00

6/2002

Pemasangan Sistem Pengangkat (OverHead Crane)

D atau E

III

12

G2

M05

110.00

7/2002

Pemasanagn Sistem Keselamatan

I,II,III

VII

15

G2

E02

90.00

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

 

i.               Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK

ii.              Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM

 

Satu salinan Sijil-Sijil Pendaftaran di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendaklah mengambil dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

Bayaran Dokumen tawaran boleh dibuat dengan Wang Tunai atau Perintah Kiriman Wang/Bank Draf/Perintah Kiriman Pos atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 11 Jan 2002 hingga 25 Jan 2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum 4 Feb 2002, jam 12.00 tengahari