KENYATAAN TAWARAN
8/2002
Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal berpengalaman, berkelayakan
dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi menyertai tender
seperti di bawah:-
|
TAJUK
KERJA |
KOD
KEPALA |
TARIKH
LAWATAN TAPAK |
|
Cadangan Membekal, Memasang
dan Mengujiguna Mesin Membuat Ais Krim Di Pusat Kemudahan Gunasama, Batu 7
1/2, Jalan Tambun, Ipoh, Perak |
180300 atau 180399 |
31.1.2002 9.30 pagi |
Dokumen-dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada
waktu pejabat di alamat tersebut di bawah mulai 18/1/2002 hingga 31/1/2002.
Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh tersebut.
Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan Bayaran Tunai atau Bank Deraf/Perintah
Kiriman Wang/Wang Pos sebanyak RM50.00
atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA),
yang mana tidak akan dikembalikan. Pemborong dikehendaki mengemukakan Salinan Asal Sijil Pendaftaran yang
masih sah tempoh lakunya dengan Kementerian
Kewangan Malaysia untuk semakan
sebelum dibenarkan mengambil dokumen dan satu salinan sijil untuk simpanan
MARA. Pemborong yang berminat diwajibkan
menyertai lawatan tapak pada tarikh yang ditetapkan. MARA berhak menolak
permohonan yang pada tanggapan MARA ianya tidak layak.
Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat yang bermeteri serta bertanda dengan tajuk dan nombor
tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam
Peti Tawaran sepertimana alamat di bawah sebelum
atau pada 8.2.2002 jam 12.00 tengahari.
Pengarah
Bahagian Pengurusan Harta,
Bekalan & Kontrak
Tingkat 10, Bangunan
Medan MARA,
No. 21, Jalan Raja
Laut,
50609 Kuala Lumpur.