KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa
daripada pembekal berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dan bertaraf
BUMIPUTERA dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi tender bekalan alatan
Institut Kemahiran MARA.
|
NO. TAWARAN |
NAMA ALAT |
KURSUS |
KOD KEPALA |
HARGA TAWARAN |
TARIKH TUTUP TENDER |
|
9/2002 |
Automatic
Electrofusion Machine |
Teknologi
kerja Paip |
180100 |
RM50.00 |
22.2.2002 |
|
10/2002 |
Modular
Training Stand for fuel Injection Technology |
Kejuruteraan
Automobil |
180100 |
RM50.00 |
22.2.2002 |
|
11/2002 |
Electronic
Total Station |
Kejuruteraan
Awam (Bangunan) |
180100 |
RM50.00 |
25.2.2002 |
|
12/2002 |
Lori
Terpakai |
Kejuruteraan
Automotif (Perdagangan) |
180100 |
RM50.00 |
25.2.2002 |
|
13/2002 |
New
Skid Steer Loader |
Kejuruteraan
Awam (Bangunan) |
180100 |
RM50.00 |
26.2.2002 |
|
14/2002 |
Switchboard
Demonstrator (Double Feeder) |
Teknologi
Kejuruteraan Elektrik |
200100 |
RM50.00 |
26.2.2002 |
Dokumen tawaran dan keterangan
lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat tersebut di bawah mulai 29.1.2002
hingga 14.2.2002.
Dokumen tawaran tidak akan
dijual selepas tempoh ini.
Bayaran dokumen tawaran
boleh dibuat dengan Perintah Kiriman
Wang/ Perintah Wang Pos/ Bank Draf
atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
atau bayaran tunai boleh juga dibuat
di Kaunter Bayaran MARA, Lot 3.09,
Tingkat Dua, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang mana tidak akan dikembalikan.
Pembekal hendaklah
mengemukakan Sijil-sijil Pendaftaran
asal yang masih sah tempoh sah lakunya untuk semakan sebelum dibenarkan
mengambil dokumen dan satu salianan simpanan MARA. MARA berhak menolak
permohonan yang pada tanggapan MARA ianya tidak layak.
Dokumen tawaran yang telah
disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri serta
bertanda dengan tajuk dan nombor tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan
dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat seperti berikut:-
PENGARAH
PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK
TINGKAT 10, BANGUNAN MARA
21, JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR.
Pada atau sebelum tarikh tersebut di atas jam 12.00
tengahari.