KENYATAAN TAWARAN
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang berikut:-
i.
220400, 220401 dan 220402 - Kerja-kerja Membersih
Kawasan, Mencuci Bangunan dan Memotong Rumput.
Cadangan kerja-kerja Membersih Kawasan, Mencuci Bangunan dan
Memotong Rumput di Institut Kemahiran MARA untuk sessi 2002/2003.
|
Nombor Tawaran |
Tajuk
Projek/ IKM |
Harga
Tawaran (RM) |
Tarikh
Lawatan Tapak |
Tarikh
Tutup Tender |
|
15/2002 |
Kerja-kerja Membersih Kawasan, Mencuci Bangunan Dan Memotong
Rumput i. IKM, Beseri Perlis |
RM50.00 |
19.2.2002 |
26.2.2002 |
Dokumen tawaran boleh diperolehi di alamat tersebut di bawah pada
waktu pejabat mulai 31.1.2002 hingga
18.2.2002. Dokumen tawaran tidak
akan dijual selepas tempoh tersebut. Pemborong yang berminat adalah diwajibkan hadir satu sessi taklimat
seperti catatan di atas dengan membawa tawaran.
Bayaran dokumen tawaran dibuat dengan Bayaran Tunai/ Kiriman Wang/ Perintah Pos sebanyak RM50.00 atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pembekal dikehendaki mengemukakan Salinan Asal Sijil Pendaftaran dan Sijil Pengiktirafan Bumiputera dengan
Kementerian Kewangan Malaysia semasa mengambil dokumen tawaran serta satu
salinan sijil untuk simpanan MARA. MARA berhak menolak permohonan yang mana
pada tanggapan MARA ianya tidak layak. Keutamaan akan diberikan kepada
pembekal-pembekal tempatan.
Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan di
dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan Kenyataan Tawaran yang
berkenan di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam
peti tawaran di pejabat.
Pengarah
Bahagian Pengurusan
Harta, Bekalan & Kontrak MARA
Tingkat 10, Bangunan
Medan MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Pada atau sebelum tarikh yang di atas selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari.