KENYATAAN  TAWARAN

(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Bumiputera bagi tender seperti di bawah:-

 

NOMBOR TAWARAN

TAJUK KERJA

KOD KEPALA

TARIKH TAKLIMAT TENDER

16/2002

Cadangan Membekal, Menghantar, Menempat dan Menyusun Perabot Pejabat dan Kuarters di MRSM TRANSKRIAN, Mukim Sembilan Seberang Perai, Pulau Pinang.

 

020199

21.2.2002

Jam 10.00 pagi

Di Tingkat 10

Bangunan Medan MARA

 

Dokumen-dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 6.2.2002 hingga 19.2.2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh tersebut.

 

Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan  Bayaran Tunai/ Kiriman Wang/ Deraf Bank sebanyak RM50.00 atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang mana tidak akan dikembalikan. Syarikat dikehendaki mengemukakan Salinan Asal Sijil Pendaftaran yang masih sah tempoh lakunya dan Sijil Pengiktirafan Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen dan satu salinan sijil asal untuk simpanan MARA. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA ianya tidak layak.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri serta bertanda dengan tajuk dan nombor tawaran di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran sepertimana alamat di bawah sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup 26.2.2002.

 

Pengarah

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK MARA

TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA

21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR.