KENYATAAN TAWARAN NO 33/2002
(Khas Untuk Bumiputera)
Tawaran dipelawa kepada pemborong bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan agensi-agensi berikut:-
i.
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas D Kepala
II Pecahan Sub-Kepala 9 (Pembaikan Bumbung Sediada) dan Kepala IV Pecahan
Sub-Kepala 10(b)
ii.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(LPIPM) di dalam Gred G3 Dan Kategori BO6
Bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:
KERJA-KERJA PEMBAIKAN
BUMBUNG SEDIADA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA
(IKM) KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR, UNTUK MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah
tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-
i.
Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh PKK.
ii.
Surat Pengiktirafan Taraf Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh PKK.
iii.
Sijil Pendaftaran Asal yang dikeluarkan oleh LPIPM.
Satu salinan Sijil-sijil
Pendaftaran dan Surat Pengiktirafan
di atas hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil
dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.
Bayaran Dokumen Tawaran boleh dibuat dengan Tunai atau Perintah Kiriman Wang/
Bank Draf/ Perintah Kiriman Pos sebanyak RM 50.00 atas nama MAJLIS
AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak
akan dikembalikan.
Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu
pejabat di alamat seperti di bawah
mulai 1 Mac 2002 hingga 18 Mac 2002. Dokumen tawaran tidak akan
dijual selepas tempoh ini. Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan ke tapak yang akan diadakan pada 19 Mac 2002 jam 10.00 pagi
dengan membawa bersama dokumen tawaran.
Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan
kedalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tawaran kerja yang
berkenaan di sebelah kiri atas sampul
surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK,
TINGKAT 10, BANGUNAN
MARA,
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR.
Pada atau sebelum 26 Mac
2002 jam 12.00 tengahari.