KENYATAAN TAWARAN
NO. 81/2002
Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kelas BX kepala III Sub-Kepala 2 (Lif) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G5 ke atas Kategori ME03 dan pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk kerja-kerja berikut:
CADANGAN TENDER SEMULA KERJA-KERJA MENGGANTI LIF BARU DI BANGUNAN
MEDAN MARA, JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR.
Dokumen tawaran dan
keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah
mulai 21/6/2002 hingga 5/7/2002. Dokumen tawaran tidak akan
dijual selepas tempoh ini.
Pemborong hendaklah
mengemukakan sijil-sijil berikut beserta salinannya untuk semakan sebelum
dibenarkan mengambil dokumen.
i)
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan oleh
Pusat Khidmat Kontraktor
ii)
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan oleh
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
Bayaran dokumen tawaran
boleh dibuat dengan bayaran Tunai atau Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank atas
nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
berjumlah RM 120.00 yang mana tidak
akan dikembalikan.
Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan tapak yang
akan diadakan pada 8/7/2002 jam 10.30
pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Medan MARA dengan membawa bersama
dokumen tawaran.
Dokumen tawaran yang telah
disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan
bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat
dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK
TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA
21 JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR.
Pada atau sebelum 15/7/2002 jam 12.00 tengah hari