KENYATAAN TAWARAN NO. 83/2002

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran dipelawa kepada pemborong bumiputera yang berpengalaman dan berkelayakan melaksanakan kerja-kerja di bawah dan berdaftara dengan agensi-agensi berikut:-

 

i)                    Pusat Khidmat Kontraktor

ii)                  Suruhanjaya Tenaga (JBEG)

iii)                Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

Sebagai kontraktor bumiputera yang pendaftarannya masih berkuatkuasa menjalankan kerja-kerja berikut:-

 

NO.

PERKHIDMATAN

PKK

JBEG

CIDB

TEMPAT & TARIKH LAWATAN TAPAK

83/2002

MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL BAGI CADANGAN PENDAWAIAN SEMULA SISTEM MEKANIKAL & ELEKTRIKAL DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM), KAMPUNG PANDAN, KUALA LUMPUR.

KELAS II atau III Kepala VII Sub-Kepala 1 & 4 ATAU 10 (a)

Kelas B atau C

G2 atau G3 Kategori E04

IKM, Kampung Pandan, Kuala Lumpur 10.00 pagi 25/7/2002

 

Pemborong hendaklah mengemukakan sijil-sijil asal berikut beserta salinannya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

 

i. PKK         ii. Suruhanjaya Tenaga                iii.   Lembaga Pembangunan industri Pembinaan Malaysia

 

Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan bayaran Tunai/Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Deraf sebanyak RM 100.00 senaskah atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) yang mana tidak akan dikembalikan. Dokumen tawaran dan keterangan boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 11/7/2002 hingga 24/7/2002. Borang tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada sepertimana yang dinyatakan di atas dengan membawa bersama dokumen tawaran.

 

Dokumen tawaran yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan tajuk dan nombor tawaran di sebelah kiri atas sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran:

 

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MEDAN MARA, 21, JALAN RAJA LAUT, 50609 KAULA LUMPUR.

 

pada atau sebelum 31/7/2002 jam 12.00 tengah hari.