KENYATAAN TAWARAN
(KHAS UNTUK BUMIPUTERA)
NO. 84/2002
Tawaran dipelawa kepada
pemborong bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan
agensi-agensi berikut:
i)
Pusat
Khidmat Kontraktor (PKK) di dalam Kelas
D di bawah Kepala II Sub kepala 8, dan
ii)
Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) di dalam Gred G2, Kategori B,
Pengkhususan B04
Bagi melaksanakan
kerja-kerja berikut:-
|
CADANGAN PEMBANGUNAN MRSM
KUALA LIPIS BAGI MENYIAPKAN KERJA-KERJA
TIDAK SIAP (DEWAN BESAR DAN SICKBAY
& KETUA WARDEN) DAN MEMBAIKI KERJA-KERJA CACAT
(NO. 1) (BLOK PENTADBIRAN,
AKADEMIK, PERPUSTAKAAN DAN BENGKEL, DEWAN MAKAN, SURAU DAN PUSAT PELAJAR,
ASRAMA PEREMPUAN, ASRAMA LELAKI, SETOR PUSAT, GARAJ VAN DAN BAS, RUMAH
PENGETUA, FLAT GURU, RUMAH IMG, TNB SUB-STATION, RUMAH PAM (WATER
RETICULATION), RUMAH PAM (HOSE REEL) DAN PONDOK PENGAWAL) DI KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR. |
Pemborong hendaklah
mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum
dibenarkan mengambil dokumen:-
i)
Sijil Pendaftaran Asal yang
dikeluarkan oleh PKK
ii)
Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera Asal yang
dikeluarkan oleh PKK
iii)
Sijil Pendaftaran Asal yang
dikeluarkan oleh LPIPM
Satu salinan Sijil-Sijil Pendaftaran dan Surat Pengiktirafan di atas hendaklah
dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak mengambil dokumen. MARA berhak
menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.
Bayaran Dokumen Tawaran
boleh dibuat secara Tunai atau Kiriman Wang atau Wang Pos atau Bank Draf
sebanyak RM 300.00 atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan.
Dokumen tawaran dan
keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai
22.7.2002 hingga 5.8.2002. Dokumen tawaran tidak akan
dijual selepas tempoh ini. Pemborong yang berminat diwajibkan menyertai lawatan
ke tapak yang akan diadakan pada 6.8.2002
jam 10.00 pagi dengan membawa
bersama dokumen tawaran.
Dokumen tawaran yang telah
disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan
bertanda dengan tawaran kerja yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat
dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN DAN KONTRAK MARA
TINGKAT 10, BANGUNAN MARA, 21, JALAN RAJA LAUT, 50609 KUALA LUMPUR
Pada atau sebelum 12.8.2002 jam 12.00 tengahari