KENYATAAN TAWARAN NO. 85/2002

(Khas Untuk Bumiputera)

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal atau pembuat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang Bekalan/Perkhidmatan 070200.

 

CADANGAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR 1,011 UNIT JAM TANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN UNTUK MAJLIS AMANAH RAKYAT.

 

Dokumen tawaran dan keterangan lanjut boleh diperolehi pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah mulai 25/7/2002 hingga 7/8/2002. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini. Harga bagi dokumen tender adalah bernilai RM50.00 senaskah.

 

Bayaran dokumen tawaran boleh dibuat dengan bayaran Tunai atau Kiriman Wang atau Wang Pos atau Bank Deraf atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Pembekal dikehendaki mengemukakan salinan asal Sijil Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Sijil Pengiktirafan Bumiputera semasa mengambil dokumen tawaran serta satu salinan untuk simpanan MARA.

 

Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan Kenyataan Tawaran yang berkenaan di sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di pejabat:-

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA,

 BEKALAN & KONTRAK

TINGKAT 10, BANGUNAN MARA

NO. 21, JALAN RAJA LAUT

50609 KUALA LUMPUR

 

pada atau sebelum 14/8/2002 jam 12.00 tengah hari.