KENYATAAN TAWARAN NO.
87/2002
(Khas Untuk Bumiputera)
Tawaran
adalah dipelawa kepada pemborong yang berkelayakan dan berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di dalam kod bidang Bekalan / Perkhidmatan 220208,
Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kelas IV Kepala VII Sub-Kepala 16 dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G2
Kategori EO1 dan pendaftarannya masih berkuatkuasa untuk kerja-kerja
berikut:
KERJA-KERJA MENGGANTI
BARU KESELURUHAN PERALATAN SIARAYA DI BILIK KAWALAN BANGUNAN MEDAN MARA.
Dokumen
tawaran dan keterangan lanjut boleh didapati pada waktu pejabat di alamat
seperti di bawah mulai 25/7/2002 hingga 7/8/2002. Dokumen tawaran
tidak akan dijual selepas tempoh ini.
Pemborong
hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut beserta salinannya untuk semakan
sebelum dibenarkan mengambil dokumen:
i.
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan
oleh Kementerian Kewangan
ii.
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan
oleh Pusat Khidmat Kontraktor
iii.
Sijil ASAL pendaftaran yang dikeluarkan
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Bayaran
dokumen tawaran boleh dibuat dengan bayaran Tunai atau Kiriman Wang Pos atau
Bank Deraf atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) berjumlah RM50.00
yang mana tidak akan dikembalikan.
Pemborong
yang berminat diwajibkan menyertai lawatan tapak yang akan diadakan pada
8/8/2002 jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Medan MARA dengan
membawa bersama dokumen tawaran.
Dokumen
tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang
bermeteri dan bertanda dengan Kenyataan Tawaran yang berkenaan di
sebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran di
pejabat:-
BAHAGIAN
PENGURUSAN HARTA
BEKALAN
& KONTRAK
TINGKAT
10, BANGUNAN MARA
NO.
21, JALAN RAJA LAUT
50609
KUALA LUMPUR
pada
atau sebelum 15/8/2002 jam 12.00 tengah hari.