INKUBATOR TEKNOLOGI PERKILANGAN BUMIPUTERA (INTEP) INKUBATOR TEKNOLOGI PERKILANGAN BUMIPUTERA (INTEP)

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Objektif
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Objektif utama program ini adalah untuk membantu usahawan atau syarikat memulakan aktiviti perkilangan dengan menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembelian mesin dan peralatan, modal kerja, kemudahan ruang kilang serta lain-lain khidmat sokongan.
Melalui program ini, MARA berhasrat untuk melahirkan 'top entreprenuer' yang maju dan berdaya saing dan seterusnya mampu disenaraikan di Bursa Malaysia.

Konsep Kemudahan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemudahan adalah berbentuk pinjaman dan terbahagi kepada 2 konsep iaitu:

Konsep Pelaksanaan 1
Projek ini dikenalpasti dan dimiliki oleh MARA pada peringkat awal.
MARA juga mengenalpasti usahawan yang akan menjalankan operasi syarikat / projek tersebut. Usahawan tersebut boleh mengambilalih projek / syarikat tersebut melalui bayaran bulanan (6 -60 bulan ) sehingga langsai bayaran kepada MARA.

Konsep Pelaksanaan 2
Projek ini dikenalpasti, dimiliki dan dijalankan oleh usahawan. MARA berperanan sebagai pemberi pinjam kemudahan kewangan kepada usahawan tersebut. Usahawan tersebut perlu membayar kemudahan pinjaman yang diberikan melalui bayaran bulanan (6 - 120 bulan) sehingga selesai bayaran.

Jenis Industri Perkilangan / Pembuatan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut adalah jenis -jenis industri yang diberi keutamaan :

  • Industri Automotif : (Automotif Component And Accessories)
  • Industri Binaan : (Steel Fabrication for Steel Structure Building, Mechanical & Product for Building Construction)
  • Industri Automotif : (Automotif Component And Accessories)
  • Industri Mekatronik  : (Design & Manufacturer Of Robotic & Automation System For Food &  Packaging Machineries)
  • Industri Plastik / Fiber : (High quality Consumer Products)
  • Industri Berasaskan Logam  : (Fabrication, injection Moulding)
  • Industri Biokimia / Bioteknologi
  • Industri Apparel

 

Pakej Pembiayaan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pakej pembiayaan INTEP adalah dari RM500,000.00 hingga RM5,000,000.00 yang mana pakej meliputi perkara - perkara berikut:

1) Latihan Keusahawanan & Pendedahan Perniagaan
2) Kemudahan Pusat Pengeluaran Produk / Ruang Kilang

Pembiayaan disediakan untuk tujuan:

  • Sewa kilang bukan milik MARA
  • Sewa kilang milik MARA (Seperti Kawasan Industri MARA)
  • Pembinaan kilang baru di tanah milik MARA ( Pakej 1 sahaja)


3) Peralatan & Mesin Asas

  • Pembiayaan disediakan untuk peralatan dan mesin bagi proses pengeluaran.


4) Pembiayaan Pengurusan & Bantuan Perkhidmatan Sokongan

Pembiayaan disediakan untuk tujuan:

  • Ubahsuai kilang
  • Peralatan dan bekalan pejabat


5) Bantuan Khidmat Pakarunding
6) Pemasaran & Promosi Produk
7) Bantuan Pembangunan Produk

Kumpulan Sasaran
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usahawan Bumiputera yang terlibat di dalam aktiviti / industri perkilangan dan pembuatan yang mempunyai produk sedia ada dan berpotensi untuk dipasarkan / dikomersilkan.

Bayaran Balik Kemudahan Pembiayaan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usahawan perlu membayar balik 100% pinjaman / kos projek dalam tempoh 60 hingga 120 bulan secara bulanan mengikut jumlah yang telah ditentukan oleh MARA. Bagi bayaran pinjaman tersebut, syarikat / usahawan akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 1% daripada jumlah pinjaman.

Syarat-syarat Penyertaan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemohon mestilah mencukupi syarat - syarat berikut :

  • Syarikat mestilah dalam bidang industri perkilangan dan pembuatan;
  • Mampu menyediakan 5% atau RM20,000.00 modal awalan bagi membiayai kos projek mengikut mana yang terendah;
  • Mestilah syarikat berstatus Sendirian Berhad dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000.00;
  • Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik dalam tempoh 3 tahun;
  • Syarikat mempunyai rekod operasi tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Syarikat mampu menyediakan sekurang-kurangnya 2 penjamin yang berpendapatan tetap atau cagaran tanah yang masing-masing menerimapakai syarat-syarat jaminan atau cagaran pinjaman MARA;
  • Umur usahawan adalah 21 hingga 60 tahun;