KEMUDAHAN PENGELUARAN DAN PERINTISAN KEMUDAHAN PENGELUARAN DAN PERINTISAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Objektif
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Program Kemudahan Pengeluaran dan Perintisan (KPP) Bahagian Pembangunan Usahawan MARA merupakan satu rangkaian kemudahan yang disediakan bagi membantu dan membangunkan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana melalui kaedah pembentukan etika keusahawanan, perintisan perniagaan, kemudahan pengeluaran, galakan pengeluaran, pemindahan teknologi dan rawatan perniagaan dan pengkomersialan.

Kemudahan Pengeluaran merupakan salah satu skop di bawah Program KPP selain daripada Perintisan Perniagaan dan Pengkomersialan. Kemudahan ini merupakan satu pakej bantuan kepada usahawan sebagai insentif untuk menjalankan perusahaan dalam pengeluaran sesuatu produk sama ada atas usaha sendiri atau membangunkan produk yang dihasil oleh pusat R & D kerajaan atau swasta yang mempunyai nilai komersial.

 
Kumpulan Sasaran
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan sasar adalah usahawan sedia ada dan usahawan baru yang memerlukan bantuan untuk menjalankan atau meningkatkan perniagaannya. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang akan atau sedang diceburi.

Jenis Kemudahan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis kemudahan yang disediakan di bawah Program ini adalah :

1) Bantuan Bagi Pembangunan dan Peningkatan Produk
Bantuan bagi pembangunan dan peningkatan produk yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial yang dihasilkan oleh pusat R&D atau usahawan sendiri. Ciri produk yang ingin dibangunkan ialah:

  • Produk baru yang diperkenalkan oleh usahawan atau peningkatan kualiti produk sedia ada.
  • Produk yang dihasilkan dari Pusat R & D.
  • Produk mempunyai nilai komersial.
  • Produk yang tidak menyalahi undang-undang dan tatasusila masyarakat dan selamat digunakan.
  • Pengusaha perlu mendapatkan sendiri pengesahan kualiti dan keselamatan produk dari badan-badan yang ditauliahkan oleh kerajaan.


MARA akan membiayai sehingga 90% dari kos dan had maksimum ialah RM 50,000 yang merangkumi item berikut:

  • Yuran konsultan (MARA akan menguruskan perlantikan perunding)
  • Bahan mentah
  • Kos ujian makmal (piawaian)
  • Pembungkusan (packaging)
  • Pembangunan jenama (Brand Development)


    i) Bumiputera
   ii) Berminat dan ingin melibat diri dalam perniagaan sepenuh masa
   iii) Berumur 20 - 35 tahun

2) Bantuan Bagi Peningkatan Kelengkapan / Mesin dan Sistem

Bantuan bagi peningkatan kelengkapan / mesin dan sistem bagi maksud pengeluaran produk yang berkualiti. MARA membiayai pembelian kelengkapan sehingga 90% dari kos satu alatan / projek dan had maksima ialah RM 500,000 dalam bentuk sewa beli.