Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan kolej bantuan penuh kerajaan yang menawarkan program-program diploma dan sijil. Kurikulum KPM digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar KPM mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.

 

Setiap kampus KPM menawarkan kemudahan prasarana yang lengkap bagi kemudahan dan keselesaan pelajar. Antaranya dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, fasiliti sukan dan riadah, kafetaria, surau dan lain-lain lagi.

 

Kolej Profesional MARA sedia ada di seluruh negara:

 

1.     Kolej Profesional MARA Beranang

2.     Kolej Profesional MARA Ayer Molek

3.     Kolej Profesional MARA Indera Mahkota

4.     Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

5.     Kolej Profesional MARA Bandar Penawar

6.     Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

 

 

Program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA

 

1.     Diploma in Accountancy (DIA)

2.     Diploma in Business Studies (DBS)

3.     Diploma in Computer Science (DCS)

4.     Diploma in Agro Business (DAB)

5.     Diploma in Entrepreneurship (Den)

6.     Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)

7.     Diploma in English Communication (DEC)

8.     Diploma in Computer Networking (DCN)

9.     Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)

10.  Diploma in International Business (DIB)

11.  Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)

12.  Diploma in Marketing (DMk)

13.  Certified Accounting Technician (CAT)