LANSKAP PEMBANGUNAN VENDOR LANSKAP PEMBANGUNAN VENDOR

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Lanskap Pembangunan Vendor

Objektif utama Lanskap Pembangunan Vendor adalah untuk mewujudkan jalinan pasaran di mana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia boleh berfungsi dan bertindak sebagai pengilang dan pembekal pelbagai jenis makanan serta komponen-komponen, mesin atau alat jentera, alat gantian dan perkhidmatan untuk syarikat besar dan multi-nasional. Selain itu, ia juga berupaya menyediakan saluran integrasi dan perantara IKS dengan syarikat industri besar dan institusi kewangan bagi meningkatkan tahap kecekapan industri melalui pemindahan teknologi dan kepakaran oleh industri besar (anchor) kepada vendor IKS. Melalui cara ini para pengusaha akan dapat menyediakan bekalan dengan pantas pada kos yang munasabah. BPU telah memberi fokus kepada dua bidang iaitu Vendor Food dan Vendor Non.-Food.

Vendor Food

Program Vendor-Food merupakan satu platform yang digunakan oleh BPU dalam mewujudkan lebih ramai anchor dan vendor dalam bidang pengeluaran makanan. Pelaksanaan program ini telah dilengkapkan dengan pembangunan fizikal seperti Inkubator Teknologi Makanan (INTEM), Kompleks Industri Makanan (KIMAR), Taman Industri Makanan MARA (TIM) di Pedas, Negeri Sembilan dan Serkam, Melaka serta MARA Halal Park, Pulau Indah.

Vendor Non-Food

Program Vendor Non-Food memfokuskan aktiviti pembangunan vendor bagi bidang yang lain seperti Seramik, Tekstil, Telekomunikasi, Automotif dan beberapa bidang yang lain. Pendekatan bagi pelaksanaan program ini adalah dengan menggunakan strategi anchor-network. Melalui kaedah ini satu jaringan perniagaan dapat diwujudkan dengan lebih teratur dan berkesan. Sehingga kini BPU telah mewujudkan 3 syarikat vendor bagi non-food iaitu masing-masing dalam bidang Automotif, Seramik dan Tekstil.
Pelaksanaan lanskap ini juga merupakan satu kaedah bagi melonjakkan usahawan sedia ada ke tahap Top Entrepreneur.