LATIHAN BERSTRUKTUR LATIHAN BERSTRUKTUR

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 
LATAR BELAKANG
  • Program Latihan Berstruktur merupakan program latihan keusahawanan yang dilaksanakan oleh MARA untuk usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan serta meningkatkan keupayaan dan kapasiti diri sebagai seorang usahawan.

  • Program ini dilaksanakan secara stand alone atau berpakej termasuk Latihan Keusahawanan, Rancangan Perniagaan, Coaching, Penempatan Industri, Simulasi dan sebagainya meliputi aspek berikut:

i. pembudayaan dan pewujudan

ii. peningkatan dan pemantapan

iii. pemerkasaan dan pengukuhan

  • Program latihan keusahawanan ini disasarkan kepada bakal usahawan dan usahawan di pelbagai tahap iaitu di peringkat usahawan Start up atau T3 (< 1 tahun), Protect atau Progressive (> 2 hingga 5 tahun) dan Scale Up atau Premier (5 tahun ke atas).  

 

OBJEKTIF PROGRAM
 
  • Memberi pendedahan dan kesedaran (awareness) serta membudayakan pelbagai lapisan masyarakat dengan nilai-nilai keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

  • Mewujudkan lebih ramai usahawan yang berpengetahuan luas dan berkepakaran sesuai dengan kehendak pasaran semasa.

  • Meningkatkan standard keusahawanan dengan penggunaan teknologi terkini dan pengurusan perniagaan yang lebih profesional mengikut piawaian semasa.

  • Memantapkan usahawan supaya lebih kompetetif dalam menghadapi cabaran era globalisasi.

BIDANG TUMPUAN
 
  • Di dalam Program Latihan Berstruktur, antara fokus latihan yang diberi penumpuan adalah dalam bidang :
    i. Pengurusan Perniagaan
    ii. Pengurusan Kewangan / Perakaunan
    iii. ICT / Teknologi
    iv. Pemasaran / Penjenamaan
    v. Pengurusan Produksi / Operasi

  • Program-program pembangunan keusahawanan akan memberi tumpuan kepada lima (5) industri terpilih iaitu :
    i. Makanan & minuman (F & B)
    ii. Pembinaan
    iii. Automotif
    iv. Gaya Hidup
    v. Perkhidmatan