RASIONAL AM LOGO MARA

RODA BERGIGI (14)
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.

BUKU TERBUKA
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

JANGKA LUKIS TERBUKA
Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.

SPANA Dan SKREW
Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya.

TULISAN RUMI & JAWI MAJLIS AMANAH RAKYAT
Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

WARNA
(a) Merah melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-  peluang baru.
(b) Biru pula melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.
(c) Hitam sebagai lambang keutuhan  dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera.
 

home...Muka Utama
Ciptaan Asal:

Encik Muhamad Salleh Markom

Pejabat Kementerian Buruh (1967)