|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

| BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT FUNGSI UTAMA - Khidmat Pelanggan - Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT MARA
- Komunikasi dan Kolaborasi - Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian Internet, Intranet, Extranet dan emel serta memberi bimbingan dalam pembangunan laman web/portal
- Perolehan ICT - Mengendali, mengurus dan menganalisa perolehan bekalan, perkhidmatan dan pengurusan projek ICT MARA
- Pengurusan Pusat Data - Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data
- Infrastruktur ICT - Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur bagi memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat
- Perisian - Mengurus dan menyediakan perisian berlesen yang sah kepada setiap kemudahan komputer dan pelayan
- Khidmat Runding - Menyediakan perkhidmatan khidmat runding berkaitan penggunaan dan pembangunan kemudahan ICT MARA
- Sistem Aplikasi - Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti MARA
- Pembangunan Literasi ICT - Memberi latihan dan pendedahan khidmat teknikal bagi peningkatan literasi warga kerja MARA ke arah budaya kerja baru menggunakan kemudahan ICT
- Keselamatan ICT - Merancang dan menyediakan perkhidmatan dalam melindungi kerahsiaan dan kesahihan maklumat, integriti data dan meminimumkan insiden keselamatan dalam penggunaan kemudahan ICT di MARA
- Penetapan Piawaian Kemudahan ICT - Menggubal dasar dan peraturan dalam pembangunan dan penggunaan kemudahan ICT di MARA serta memantau pelaksanaannya.
| | VISI - Peneraju utama perkhidmatan ICT MARA
MISI - Memastikan perkhidmatan ICT sentiasa menyokong perlaksanaan strategi organisasi.
- Mewujudkan e-budaya yang menitikberatkan nilai dan kualiti di dalam ICT.
- Memupuk amalan ketelusan berteraskan kejituan, ketepatan dan kesahihan maklumat.
- Menjadikan ICT sebagai pemangkin kecemerlangan dalam pendidikan.
- Memastikan tadbir urus ICT bertepatan dengan aspirasi MARA dalam merealisasikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
OBJEKTIF - Memperluaskan kemudahan ICT kepada seluruh komuniti organisasi pada tahun 2010
- Menghubungkan semua pusat MARA melalui rangkaian 'Wide Area Network' (WAN) pada tahun 2007
- Membangunkan dan melaksanakan program literasi ICT sebagai pemangkin bagi persekitaran e-budaya
- Memastikan e-budaya dan kemudahan ICT mudah dicapai, boleh dipercayai, dan selamat pada tahap yang optimum
- Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ICT melalui satu gerbang capaian
|
|
|
|