Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kembali

Info MARA

Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

ORGANISASI DAN OPERASI

ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin), Mesir (Iskandariah) dan Russia (Moscow).

 

OPERASI PENGURUSAN

OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

Ibu Pejabat 25
MARA Negeri 14
MARA Daerah 112
MARA Luar Negara 8
Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) 1
MARA Ketengah International College (MKIC) 1
Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP) 1
Kolej Profesional MARA 6
Kolej MARA 5
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 49
Institut Kemahiran MARA (IKM) 13
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 49
GIATMARA

14 Negeri / 231 Cawangan

 

VISI & MISI KORPORAT

VISI KORPORAT

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

MISI KORPORAT

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:

i. Permohonan Pembiayaan Perniagaan, Pinjaman Pelajaran dan Kemudahan Latihan Keusahawanan yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14hari.

ii. Permohonan Sewaan Premis yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup iklan.

iii. Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM diketahui mengikut peringkat seperti berikut:

a. Tingkatan Satu - 30 hari selepas tarikh akhir ujian dan temu duga.

b. Tingkatan Empat - 30 hari selepas tarikh keputusan PMR diumumkan.

iv. Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (lKM, KKTM, KPM, GMl, KPTM dan UniKL) diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup.

v. Bayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada pembekal.

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kembali

Pengumuman

Pengumuman

Online Self-Assessment (OSA) bagi permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM 2017 diteruskan sehingga 9 Disember 2016.  

Sila klik Untuk Menjawab <Tingkatan 1> <Tingkatan 4>

Panduan Menjawab OSA

PERINGATAN : Sila pilih slot masa dan pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan mengikut jangka masa yang telah dipilih.Kegagalan mengikut arahan yang ditetapkan akan menjejaskan proses penilaian permohonan ini.

Halaman: 1  2  3  4  5  

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal