Banner
Teks Teks Teks Teks
SOALAN LAZIM | PAUTAN | BANTUAN | PETA LAMAN
BAHASA MALAYSIA |  ENGLISH
  • Daftar Baru
1 Malaysia
LAMAN UTAMA » Bahagian » Sektor Pendidikan » Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan

navigasi
Perkhidmatan
     e-Bayar
     e-Eduloan
     e-Baki
     SPE
     E-Vacancy
     IKM
     UPIM
    MRSM
Tender
     Iklan Tender
     Keputusan Tender
    Iklan Sebutharga
Pautan Pantas
     Kejayaan MARA
     UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI
Pautan Staff
      I-Notes
     MyXchange
     MARAnet
     SKP
     Klinik Panel
     TASKA
Forum
Sertai Perbincangan kami di forum MARA
Laman Sosial
Facebook
Social Networking

 

UNIT NAZIRAN DAN KUALITI PENDIDIKAN (UNQ)


 Sejarah Penubuhan

Sektor pendidikan MARA adalah merupakan sektor pelengkap utama berganding bahu dengan sektor keusahawanan MARA bagi menyempurnakan matlamat MARA untuk mewujudkan Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera (MPPB).  Sehubungan itu, Institusi Pendidikan dan Latihan MARA (IPMa) yang menjadi pusat pengajian dan latihan kaum Bumiputera dari peringkat kemahiran rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi, mestilah memberi perkhidmatan yang terbaik.  Bagi memastikan kesemua 260 buah IPMa beroperasi melepasi aras standard kualiti yang sewajarnya, maka satu unit khas ditubuhkan.  Unit ini dinamakan Unit Naziran dan Kualiti Pendidikan (UNQ).  Unit ini diwujudkan bagi mengawalselia dan memantau perjalanan institusi-institusi Pendidikan dan Latihan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA (KM), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan GIATMARA.

UNQ ditubuhkan secara rasmi melalui Surat Pekeliling Am 7/2004 pada 15 September 2004.  Operasinya bermula pada 11 Oktober 2004 dengan perlantikan seorang Ketua Unit, Tn Hj Md Yusuf bin Arshad, dan empat orang Pegawai Naziran serta seorang  staf pentadbiran.

Ketua Unit pertama ialah Tn Hj Md Yusuf bin Arshad (sehingga 7 November 2005), diikuti Tn Hj Azmi bin Mohamad (sehingga 15 Mei 2007) dan Tn Hj Pa’ee bin Kassim (sehingga 15 Mei 2008).  Ketua Unit sekarang ialah Pn Latipah binti Ahmad.  Pada masa ini UNQ beroperasi di Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA dengan kekuatan seramai 11 orang pegawai dan 7 staff sokongan.

 

 

Visi

Untuk menjadi pusat pemantauan pendidikan yang berwibawa, inovatif dan berkualiti.

Misi

Melaksanakan penaziran secara profesional bagi memastikan pengurusan pendidikan di Institusi Pendidikan MARA mencapai standard kualiti yang ditetapkan.

Moto - ' Ilmu, Integriti, Kualiti '

Dasar Kualiti

  • Pendekatan Penambahbaikan (Developmental) semasa penaziran
     
  • Perkongsian amalan terbaik antara IPMa
     
  • Kursus untuk warga IPMa dalam Sektor pendidikan dan latihan MARA

Piagam Pelanggan

  • Memaklumkan secara bertulis kepada IPMa yang akan dilawati sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum lawatan dibuat.
  • Memberikan maklumbalas secara lisan tentang lawatan penaziran di akhir lawatan.
  • Menghantar laporan bertulis lawatan penaziran kepada IPMa yang dilawati 14 hari selepas lawatan selesai.
  • Mendapatkan maklumat awal bagi setiap aduan dalam masa satu hari bekerja.
  • Memaklumkan secara bertulis kepada peserta program sekurang-kurangnya 14 hari sebelum program dijalankan
  • Mendapatkan bahan bukti dari dokumen kes yang telah difailkan dalam masa kurang satu jam.
  • Sentiasa peka dan responsif kepada arahan pihak atasan dalam hal berkaitan dengan pengurusan pendidikan.
  • Memberi nasihat dan bimbingan yang bermutu kepada semua peringkat kepemimpinan di IPMa.

 

 

 

UNIT NAZIRAN DAN KUALITI PENDIDIKAN (UNQ)


 Carta Organisasi

 Carta Organisasi

 

 

CARTA FUNGSI UNIT NAZIRAN


 Carta Organisasi

 Carta Fungsi

 


Objektif Operasi

  • Melaksanakan lawatan pemantauan ke atas IPMa sekurang-kurangnya 20 kali dalam masa satu tahun berdasarkan standard pengurusan dan kepemimpinan pendidikan MARA.
  • Mengadakan program latihan peningkatan profesionalisme pengurusan pendidikan sekurang-kurangnya dua kali dalam masa satu tahun berdasarkan isu-isu semasa yang telah dikenal pasti.
  • Melaksanakan program pengukuhan keterampilan pendidikan sekurang-kurangnya tiga kali dalam masa satu tahun berdasarkan isu-isu semasa yang telah dikenal pasti.
  • Menghasilkan penerbitan berkala sekurang-kurangnya dua kali dalam masa satu tahun berkaitan dengan isu-isu pengurusan dan kepemimpinan pendidikan.
     
  • Melaksanakan kajian semula ke atas standard pendidikan MARA sekurang-kurangnya dua kali dalam masa satu tahun bagi mempastikan usaha-usaha penambahbaikan dilakukan secara berterusan berdasarkan keperluan semasa.

 

INFO STAF (UNQ)

BIL
NAMA
JAWATAN
SAMB
HP
E-MAIL
1
LATIPAH BT. AHMAD
KETUA UNIT
1470
 
latipaha@mara.gov.my
2
FATIMAH BT. MOHD. IHSAN
PEGAWAI NAZIRAN
1476
 
fatimahm@mara.gov.my
3
HASNIDAR BT. AMDAN
PEGAWAI NAZIRAN
1475
 
hasnidar@mara.gov.my
4
MOHD NASIR B. KASSIM
PEGAWAI NAZIRAN
1473
 
mnasirk@mara.gov.my
5
NOR RAJWANI BT. AWANG
PEGAWAI NAZIRAN
3934
 
nrajwani@mara.gov.my
6
HANIRUS BT. OSMAN
PEGAWAI NAZIRAN
1472
 
hanirus@mail.mara.gov.my
7
AHMAD ZULKEFLY B. ARSHAD
PEGAWAI NAZIRAN
3932
 
azulkefly@mara.gov.my
8
MOHD. SAPIGNI B. TULUS
PEGAWAI NAZIRAN
1472
 
msapigni@mara.gov.my
9
HARIAH BT. ABDUL RAHMAN
PEM. TABDIR (K)
3998
 
hariah@mara.gov.my
10
HABESAH BT. ZAINUDDIN
PEM. TADBIR
1471
 
zaisha84@yahoo.com.my
11
NOR AZIAN BT. JAAFAR
PEM. TADBIR
1471
 
shahazi96@yahoo.com.my
12
NURJANIS BT. AMIR HAMZAH
PEM. TADBIR
1470
 
nurjanis@mara.gov.my
13
MOHD. FANDY B. HAMDAN
PEM AM PEJABAT
1471
 
bnoze79@yahoo.com.my
14
MAZLINA BT. MOHD ARIS
PEM. TADBIR (SAMBILAN)
1471
 
ucu.lin@yahoo.com