Banner
Teks Teks Teks Teks
SOALAN LAZIM | PAUTAN | BANTUAN | PETA LAMAN
BAHASA MALAYSIA |  ENGLISH
  • Daftar Baru
1 Malaysia
LAMAN UTAMA » Bahagian » Sektor Pendidikan » Bahagian Pembangunan Sumber

navigasi
Perkhidmatan
     e-Bayar
     e-Eduloan
     e-Baki
     SPE
     E-Vacancy
     IKM
     UPIM
    MRSM
Tender
     Iklan Tender
     Keputusan Tender
    Iklan Sebutharga
Pautan Pantas
     Kejayaan MARA
     UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI
Pautan Staff
      I-Notes
     MyXchange
     MARAnet
     SKP
     Klinik Panel
     TASKA
Forum
Sertai Perbincangan kami di forum MARA
Laman Sosial
Facebook
Social Networking
 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER

Visi Korporat
Bahagian Pembangunan Sumber beriltizam menjadi perintis dalam menggalak, membangun dan menyebarkan maklumat, pengetahuan dan repositori harta intelek yang berinovatif dan berkreatif tinggi secara berkesan.  Matlamat akhir ialah untuk menuju ke arah menyokong usaha-usaha MARA membentuk k-usahawan, k-pekerja, dan k-organisasi bagi merealisasikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Misi
BPS berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan warga kerja MARA dalam pembangunan bahan Pengajaran & Pembelajaran (P&P), repositori harta intelek dan produk pelbagai media yang berkualiti dan berterusan. Tumpuan kami adalah untuk mewujudkan perkhidmatan yang berdaya saing, berwibawa dalam pembangunan dan penyebaran maklumat sejajar dengan keperluan perkhidmatan serta memenuhi tuntutan keperluan semasa.

BPS akan memastikan anggota kerjanya terus melaksanakan tugasan dengan penuh keyakinan berasaskan perancangan latihan, rakan perkongsian dan keperluan pelanggan untuk bergerak merentasi kreativiti dan teknologi.  Berdasarkan konsep Life Long Learning, kami terus komited untuk menyumbang kepada pembangunan dan penyebaran pelbagai media.  Kami akan merealisasikan usaha-usaha kami melalui nilai-nilai integriti, kualiti, semangat kerja berpasukan, gagasan dan tumpuan pelanggan selaras dengan motto BPS, iaitu “Best Possible Service”

Objektif
Menggalak, membangun dan meningkatkan perkhidmatan repositori harta intelek, maklumat dan pengetahuan dalam pelbagai media serta menyebarkannya secara berkesan, berkualiti serta berterusan, ke arah melahirkan warga MARA yang berketerampilan dan berdaya saing selaras dengan perkembangan semasa.

Objektif Operasi BPS
Bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan operasi, objektif-objektif yang dicadangkan adalah:-

  • Menubuhkan galeri dan arkib supaya peranan Perpustakaan Digital  MARA ditingkat dan dikembangkan dalam usaha mengumpulkan serta membina repositori maklumat dan knowledge hub (Rancangan Malaysia Ke Sembilan) selaras dengan peranan MARA sebagai pusat maklumat untuk bumiputera
  • Meningkatkan pengeluaran bahan-bahan Pengajaran & Pembelajaran (P&P)  dalam pendidikan  menengah dan latihan kemahiran dengan menggunakan pendekatan Learning objects secara on-line dan CD-ROM yang boleh digunakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa)  melalui portal pendidikan mulai tahun 2006.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi dan komputer dengan meningkatkan promosi keilmuan dan kegunaan pelbagai media dalam pembelajaran melalui portal pendidikan dan pencarian maklumat.
  • Mengeluarkan produk-produk berkualiti serta mengikut kehendak pelanggan dalam pelbagai bentuk dan format sama ada analog atau digital meliputi  bahan web-based, audio-visual dan bercetak, seperti sijil, risalah, majalah, video streaming, VCD, audio CD, montaj perasmian majlis-majlis MARA, repositori foto galeri, CD-ROM dan bahan Pengajaran & Pembelajara e-learning.
  • Memberikan perkhidmatan rakaman audio-visual di studio atau di lokasi untuk majlis-majlis MARA atas permintaan pelanggan dan sebagai koleksi dokumentasi bahan repositori maklumat pada masa hadapan.

Piagam Pelanggan
Kami di BPS berazam untuk memberikan perkhimatan dan kemudahan yang terbaik dengan cara berikut :-
 

  • Pelanggan akan memperoleh produk rakaman audio-visual,  rakam salin CD, percetakan foto yang tidak memerlukan kerja suntingan dan kerja grafik dalam tempoh 3 hari bekerja mengikut giliran.
     
  • Pelanggan akan memperoleh produk kreatif persembahan montaj dan multimedia, penerbitan audio-visual yang disunting dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja berdasarkan  kualiti produk yang dipersetujui bersama dan mengikut giliran.
     
  • Pelanggan akan memperoleh secara berterusan produk Pengajaran & Pembelajaran e-learning secara on-line dan CD-ROM interaktif yang selaras dengan silibus terkini bagi pendidikan menengah dan latihan kemahiran
     
  • Pelanggan akan memperoleh maklumat tentang koleksi bahan bacaan di Perpustakaan Digital MARA dalam masa 3 minit dengan  menggunakan sistem ILMU.
     
  • Permohonan pinjaman bahan bacaan oleh pelanggan akan diproses dan diluluskan dalam masa 5 minit.
     
  • Pelanggan akan memperoleh  perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan bagi bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan Digital MARA dalam masa 2 hari (bergantung kepada kemudahan perolehan perpustakaan tersebut).
     
  • Pelanggan akan dapat membuat tempahan buku di Perpustakaan Digital serta- merta secara on-line melalui ILMU dan akan dilayan sebaik sahaja buku/bahan berada dalam sirkulasi.
     
  • Pelanggan akan memperoleh  maklumat, galakan, bimbingan serta promosi keilmuan terkini  secara berterusan  tentang teknologi pelbagai media.