BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN Fungsi BPU - Menguruskan perkhidmatan kepakaran dalam perakaunan, teknikal dan pengurusan kepada projek/program yang diwujudkan.
- Mengadakan kemudahan bimbingan keusahawanan ke arah menambah dan mempertingkatkan tahap usahawan.
- Memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal-bakal yang akan dan sedang menjalankan projek-projek tertentu.
- Mengadakan pakar runding untuk membantu usahawan-usahawan yang bermasalah.
- Memberi kemudahan asas kepada bakal usahawan yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan (Inkubator).
- Menguruskan Pusat Sumber Maklumat Projek (projek-projek profile).
Matlamat - Mewujudkan Usahawan Kelas Menengah & Top Entrepreneur
- Penambahan Aset & Ekuiti Bumiputera
Program Bahagian Pembangunan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan - usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawanan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan. Strategi Matlamat BPU akan dicapai melalui strategi seperti berikut: - Pembudayaan Keusahawanan.
- Inkubator
- Runding Cara
- Perkongsian Bistari (Smart Partnership)
Selain itu, strategi perlaksanaan BPU akan dimantapkan lagi melalui aktiviti seperti berikut: - Mewujudkan Inkubator
- Pengkomersilan Produk R&D
- Perkongsian Bistari dengan pelbagai agensi dan industri
- Mentor – Mentee
- Skim Runding Cara
- Mempergiatkan Latihan Industri / Niaga
- Pemulihan Syarikat
Piagam KAMI WARGA BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA BERJANJI AKAN SENTIASA KOMITED KEPADA PENGELUARAN BERKUALITI DAN PERKHIDMATAN YANG BERKESAN UNTUK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI DI BAWAH - Setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pembangunan Usahawan akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.
- Masa menunggu di kaunter tidak melebihi 10 minit.
- Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
- Menjawab surat dalam masa tiga (3) hari bekerja daripada tarikh surat diterima.
- Memproses permohonan yang lengkap daripada tarikh penerimaan bagi :-
- Kursus – tiga (3) bulan
- Projek – tiga (3) bulan
- Menyediakan baucer dan dokumen bayaran tarikh penerimaan dokumen yang lengkap bagi :-
- Kursus – sepuluh (10) hari bekerja
- Projek – empat belas (14) hari bekerja
Bidang Focus - Industri Makanan Halal.
- Industri Perkhidmatan ICT, Automotif, Elektrik
- Industri Perabot / Biokomposit
- Elektronik, Logistik dan lain – lain
Carta Fungsi BPU (PDF) Cawangan-Cawangan Cawangan Khidmat Pengurusan (CKP) Fungsi :- Mengawalselia pentadbiran BPU secara keseluruhan dari segi pemantauan, susulan, menguruskan bajet dan bayaran. Cawangan ini membantu lain-lain cawangan dalam urusan pentadbiran serta mengemaskini maklumat usahawan dan lain-lain maklumat berkaitan keusahawanan. Carta CKP (PDF) Cawangan Pembangunan Usahawan (CPU) Fungsi :- Mengendalikan kursus, latihan, bengkel, seminar dan latihan industri untuk tujuan pembudayaan, peningkatan dan pengukuhan tahap keusahawanan dari peringkat usahawan mikro, usahawan kecil, usahawan kelas menengah sehingga ke peringkat ' Top-Entrepreneur'. Khidmat Pakarunding digunakan untuk meningkatkan keberkesanan program. Carta CPU (PDF) Kemudahan :- - Latihan Keusahawanan
- Skim Pakar Runding
- Program Teknousahawan
Cawangan Peruncitan Bumiputera (CPB) Fungsi :- Meningkatkan penyertaan aktif golongan bumiputera dalam industri peruncitan. Memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk melibatkan diri dalam senario peruncitan Negara. Membangunkan industri peruncitan dengan menyediakan barangan dan perkhidmatan untuk pasaran domestik dan luar Negara terutamanya produk makanan halal. Mewujudkan rantaian usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan Carta CPB (PDF) Kemudahan - Program Peruncitan Bumiputera
Cawangan Pembangunan Industri Fungsi :- Mewujud dan meningkatkan tahap keusahawanan melalui pembangunan industri dan enterprise. Konsep inkubator industri dan inkubator teknikal digunakan untuk mengkomersilkan produk baru dan memajukan produk sedia ada. Khidmat runding cara turut digunakan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program. Carta CPI (PDF) Kemudahan :- - Kemudahan Pengeluaran & Perintisan
- Program Usahawan Teknikal (PUTEK)
- Inkubator Perkilangan Bumiputera (INTEP)
Cawangan Pembangunan Pemasaran Objektif :- Pembangunan Pemasaran merupakan satu penyediaan program mengenai bantuan galakan dan bimbingan untuk usahawan-usahawan bumiputera dalam mempromosi dan meluaskan pasaran barangan bagi menerokai pasaran dalam dan luar negara. Didapati bahawa kebanyakan usahawan bumiputera kurang memberi tumpuan dan penekanan kepada aktiviti pembangunan pemasaran sebelum dan selepas barangannya berada dalam pasaran. Dengan adanya program ini maka pemasaran bagi barangan Bumiputera dapat ditingkatkan dari segi saiz dan syer pasarannya Tujuan :- Program ini diwujudkan untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera dalam perkara-perkara berikut: - Menambah daya tarikan dan daya saing bagi produk-produk keluaran bumiputera dari aspek pembungkusan dan pelabelan.
- Mempromosi dan memperluaskan pasaran bagi barangan keluaran usahawan Bumiputera di pasaran domestik dan global.
Carta CPP (PDF) Kemudahan :- a) Geran Tajaan Geran tajaan untuk usahawan bumiputera adalah maksimum 60% daripada harga kos untuk setiap aktiviti berikut: - Pembungkusan
- Pelabelan
- Rekabentuk Produk
- Penjenamaan ( Branding )
- Promosi Produk
- Ekspo perdagangan
- Pengiklanan (iklan komersil, percetakan, billboard)
- lawatan perniagaan
- In-store promotion
Pembungkusan dan Pelabelan Geran kepada usahawan bagi mengadakan atau membuat peningkatan / penambahbaikan kepada pelabelan, pembungkusan, dan penjenamaan bagi produk baru atau produk sedia ada. Kemudahan disediakan bagi menanggung kerja-kerja rekacipta, bahan dan pengeluaran kali pertama. Penyelidikan Pasaran dan Produk Geran bagi membiayai kos melaksanakan kajian dipasaran bagi menguji produk baru atau peningkatan produk sedia ada dari segi penerimaan pelanggan dan kesesuaian label, pembungkusan dan jenama. Promosi Produk Geran kepada para usahawan untuk mengadakan pamplet, leaflet, brochure, bunting syarikat bagi memperkenalkan produk baru keluaran syarikat mereka. Geran bagi mengadakan majlis pelancaran produk, perasmian outlet perniagaan atau memperkenalkan jenama baru. Geran bagi mengadakan aktiviti promosi produk di hypermarket seperti Mydin, TESCO, Carrefour, Jaya Jusco dan sebagainya. Aktiviti akan dikendalikan oleh pasaraya sendiri atau oleh pengurus acara yang dilantik. Ekspo Perdagangan MARA menaja kos untuk caj sewaan booth / tapak pameran yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun, NGO atau pihak swasta. Usahawan-usahawan menyertai ekspo ini bertujuan untuk mempromosi produk dan mengadakan business matching dan demonstrasi produk kepada pengguna. Pengiklanan Geran bagi membiayai kos pengiklanan melalui media-media massa seperti radio, TV dan majalah serta surat khabar. Juga membantu dengan menaja iklan-iklan billboard, dan papan tanda perniagaan. Lawatan Perniagaan Menaja lawatan ke destinasi-destinasi yang dipilih (di dalam negeri) bagi membawa usahawan-usahawan melawat dan mempelajari / menilai / mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang ada untuk meningkatkan perniagaan mereka. Isyarat Penyertaan - Bumiputera dan berumur tidak melebihi 60 tahun
- Mempunyai syarikat yang berdaftar sah dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau Pejabat Pendaftaran Syarikat.
- Usahawan dan perniagaan yang mempunyai potensi maju untuk berjaya.
- Produk yang mempunyai nilai komersil dan market driven.
- Keutamaan diberi kepada usahawan / syarikat Bumiputera yang bertaraf pengeluar.
- Mempunyai rekod peribadi perniagaan yang baik.
Tanggungjawab Pemohon - Pemohon bantuan perlulah jelas dengan peraturan yang telah ditetapkan.
- Kemudahan bantuan ini adalah dalam bentuk geran dan tidak perlu dibayar balik.
- MARA pada bila-bila masa boleh menarik balik mana-mana bantuan yang ditawarkan jika ianya didapati tidak mematuhi dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Pemohon hendaklah mengemukakan laporan aktiviti perniagaannya jika diperlukan oleh MARA dari masa ke semasa.
Proses Permohonan - Semua permohonan yang lengkap di bawah RM30 ribu hendaklah menggunakan borang CPP-1 (boleh diambil di MARA Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat) dan dihantar melalui Pegawai MARA Daerah dan seterusnya kepada Ketua PUSMA dan Pengarah MARA Negeri untuk sokongan dan kelulusan.
- Bantuan melebihi RM30 ribu yang disokong oleh PUSMA/PMN hendaklah dimajukan kepada Ibu Pejabat untuk pertimbangan/kelulusan.
- Permohonan yang tidak lengkap yang telah diterima oleh Ibu Pejabat akan diberitahu secara rasmi kepada pemohon dan satu salinan kepada PMN untuk tindakan.
- Permohonan yang berjaya akan dihantarkan kelulusan kepada PMN untuk proses pembayaran dan salinan kelulusan akan difaxkan kepada pemohon.
|