
(Agensi
di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan)
MAKTAB RENDAH
SAINS MARA
MAJLIS AMANAH RAKYAT ( MARA ) mempelawa pelajar BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA untuk
menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke
Maktab Rendah Sains MARA ( UKKM ) sebagai prasyarat kemasukan ke
Tingkatan Empat bagi tahun 2003.
1.
SYARAT KELAYAKAN
|
1.1 |
Permohonan ini terbuka
kepada pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang
menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. |
|
1.2 |
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan
Semester Satu ( Mei 2002) Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah dengan memperoleh sekurang-kurangnya: Gred
B dalam subjek Matematik dan Sains. |
|
1.3 |
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) Kementerian
Pendidikan tidak layak memohon. |
2. CARA
MEMOHON
|
2.1 |
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat MARA Wilayah Persekutuan dan Pejabat
MARA Negeri / Daerah yang berdekatan mulai 5 Ogos 2002 sebagaimana berikut :- |
|
|
|
2.1.1 |
Bagi pemohon yang datang sendiri ke Pejabat
MARA Wilayah Persekutuan/ Negeri / Daerah, bayaran dibuat dengan wang
tunai sebanyak RM10.00 (Ringgit :
Sepuluh Sahaja). Pemohon hendaklah membawa bersama salinan Kad pengenalan,
Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan Semester Satu
(Mei 2002) Tingkatan Tiga, yang disahkan
benar, semasa membeli Borang Permohonan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
2.1.2 |
Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan
melalui pos, bayaran dibuat
dengan kiriman wang / wang pos berpalang bernilai RM10.00 (Ringgit : Sepuluh Sahaja) atas nama Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Permohonan hendaklah
dimajukan kepada Pejabat MARA Negeri
/ Daerah yang terdekat dengan menyertakan salinan Kad Pengenalan, Surat
Beranak, Keputusan Peperiksaan Semester Satu (Mei 2002) Tingkatan Tiga, yang disahkan benar, serta sampul surat tebal
berukuran 25 cm
x 36 cm
beralamat sendiri dan
bersetem RM1.00 (Ringgit : Satu Sahaja) |
|
|
|
|
|
2.2 |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung
dengan Permohonan Kemasukan ke MRSM 2003, pemohon boleh juga melayari Laman
Web MARA dialamat http:// www.mara.gov.my. |
|
3. TARIKH
TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi
hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Ogos 2002 kepada
alamat seperti berikut :-
Pengarah
Bahagian
Pendidikan Menengah
Tingkat
19, Ibu Pejabat MARA
Jalan
Raja Laut
50609
Kuala Lumpur
4. TARIKH
/ MASA / TEMPAT UJIAN
Pemohon akan diberitahu
oleh Pejabat MARA Negeri / Daerah mengenai tarikh , masa dan tempat UKKM.
5. PERINGATAN
|
5.1 |
Pemohon yang tidak memenuhi
syarat kelayakan dan tidak mengisi borang dengan lengkap dan sempurna,
permohonan mereka tidak akan dipertimbangkan. |
|
5.2 |
Untuk layak
dipertimbangkan ke MRSM, pemohon mestilah mendapat: |
|
|
a)
sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik dan Sains) serta
tiada gred C, D dan E dalam subjek teras dalam PMR tahun 2002. b)
markah yang tinggi dalam UKKM tahun 2002. |
|
5.3 |
Pelajar daripada
keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan untuk dipilih memasuki MRSM. |
|
5.4 |
Pemohon yang ditawarkan
ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan tidak akan
ditawarkan ke MRSM. |
|
5.5 |
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya
tiada jawapan diterima sehingga 30 April 2003 permohonan dianggap tidak berjaya. |
|
5.6 |
Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang
bersesuaian mengikut kriteria yang
telah ditetapkan oleh MARA. |
|
5.7 |
Keputusan Pemilihan
Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM muktamad. |
|
|
|
|
Perhatian : Pemohon Warganegara Malaysia Bukan
Bumiputera juga dipelawa memohon
dengan memiliki syarat kelayakan di atas ( rujuk 1.2,1.3 dan 5.2 ) dan
keutamaan diberikan kepada calon-calon yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. |
|