Maktab Rendah Sains MARA telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut:
GRED
MATA NILAIAN
A
4.0
B+
3.5
B
3.0
C+
2.5
C
2.0
D
1.0
F
0.0
Jenis-jenis Kursus
Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus yang tertentu. Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:
JenisKursus
Penerangan
Kursus Teras
Terdiri daripada subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan PMR dan SPM
Kursus Elektif
Terdiri daripada subjek peperiksaan mengikut jurusan yang dipilih oleh pelajar Menengah Atas.
Kursus Khas
Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi.
Kursus Pembangunan Sahsiah
Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi. Kursus ini terbahagi kepada lima iaitu:
Kelab
Persatuan
Sukan
Permainan
Badan Beruniform
Syarat-syarat graduasi
1. Menengah Rendah
i
Mesti mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang daripada 2.00.
ii
Mesti lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
iii
Mesti lulus sekurang-kurangnya 190 jam kredit daripada 204 jam kredit dalam Kursus Teras.
iv
Mesti lulus semua Kursus Khas iaitu Sains Komputer (KSK), Kemahiran Berfikir (KKB) dan Amalan Belajar (KAB) dan 5 jam kredit Bahasa Arab.
v
Dalam Kursus Pembangunan Sahsiah, pelajar mesti memenuhi syarat berikut:
Kursus
Jam Kredit
a) Kelab
1
b) Persatuan
1
c) Sukan
1
d) Permainan
1
e) Badan Beruniform
6
vi
Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab atau Persatuan:
Badan Wakil Pelajar
Lembaga Disiplin Pelajar
Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil Koperasi Maktab
Pembimbing Rakan Sebaya
Ahli Pusat Sumber Pembelajaran
Program Usahawan Muda
vii
Atas alasan yang diterima oleh Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan dan Permainan pelajar boleh menggantikannya dengan kajian sendiri.
viii
Badan Beruniform tidak boleh digantikan dengan kajian persendirian.
2. Menengah Atas
i
Mesti mendapat TPNG tidak kurang daripada 2.00.
ii
Kursus Teras:
a
Pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Gunaan mesti lulus sekurang-kurangnya 85 jam kredit manakala pelajar jurusan Sains Pengurusan pula mesti lulus sekurang-kurangnya 101 jam kredit
b
Mesti lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
iii
Dalam kursus Elektif, pelajar jurusan Sains Tulen dan Sains Gunaan mesti lulus sekurang-kurangnya 58 jam kredit.
iv
Mesti lulus semua Kursus Khas seperti berikut:
Kursus Khas
Jam Kredit
a)
Sains Komputer (KSK)
4
b)
Perkembangan Kerjaya (PPD)
2
c)
Kemahiran Berfikir (KKB)
2
d)
Program Keusahawanan (KPU)
2
e)
Pelajar mesti mengambil Kursus Kemahiran Amalan Belajar (KAB) -(Hadir) 2
f)
Pelajar Tingkatan 4 mesti mengambil Kursus Senireka (PSR) - (Hadir) 2
v
Dalam Kursus Pembangunan Sahsiah, pelajar mesti memenuhi syarat berikut:
Kursus
Jam Kredit
a)
Kelab atau Persatuan
1
b)
Sukan atau Permainan
1
c)
Badan Beruniform
4
vi
Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab atau Persatuan:
Badan Wakil Pelajar
Lembaga Disiplin Pelajar
Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil Koperasi Maktab
Pembimbing Rakan Sebaya
Ahli Pusat Sumber Pembelajaran
Program Usahawan Muda
vii
Atas alasan yang diterima oleh Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan dan Permainan pelajar boleh menggantikannya dengan kajian sendiri.
viii
Badan Beruniform tidak boleh digantikan dengan kajian persendirian.
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Sebarang cadangan dan komen sila hantarkan kepada:webmaster@mara.gov.my