PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Apa itu Rancangan Perniagaan                        

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

 

Tujuan

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

1.Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.

2.Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

3.Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.

4.Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

5.Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

 

Pengumpulan Maklumat Penyediaan

1.Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                   

2.Statistik

3.Data ekonomi

4.Data perdagangan

5.Penyelidikan pasaran

 

Kandungan

 1.  Jadual kandungan  7.  Rancangan organisasi/pengurusan
 2.  Ringkasan eksekutif /sinopsis  8.  Rancangan pemasaran
 3.  Pengenalan  9.  Rancangan pengeluaran/operasi
 4.  Tujuan Penyediaan 10.  Rancangan kewangan
 5.  Latar belakang perniagaan/syarikat 11.  Jadual pelaksanaan projek
 6.  Latar belakang pemilik 12.  Rumusan