Banner
Teks Teks Teks Teks
SOALAN LAZIM | PAUTAN | BANTUAN | PETA LAMAN
BAHASA MALAYSIA |  ENGLISH
  • Daftar Baru
1 Malaysia
LAMAN UTAMA » Bahagian » Sektor Khidmat Pengurusan » Bahagian Perancangan Korporat

navigasi
Perkhidmatan
     e-Bayar
     e-Eduloan
     e-Baki
     SPE
     E-Vacancy
     IKM
     UPIM
    MRSM
Tender
     Iklan Tender
     Keputusan Tender
    Iklan Sebutharga
Pautan Pantas
     Kejayaan MARA
     UniKL
     KPTM
     GIATMARA
     FITEC
     DDEC
     ASMB
     Muat turun Borang
     Tiket MARA Liner
     e-Kemahiran
     GMI
Pautan Staff
      I-Notes
     MyXchange
     MARAnet
     SKP
     Klinik Panel
     TASKA
Forum
Sertai Perbincangan kami di forum MARA
Laman Sosial
Facebook
Social Networking
 

BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT

Latar Belakang

Bahagian Perancangan Korporat MARA (BPK) telah ditubuh secara rasminya pada 29 Januari 1997 setelah dinaikkan taraf daripada unit kepada bahagian. BPK terlibat dalam penyediaan perancangan Lima Tahun MARA, menyelaras dan memohon peruntukkan pembangunan tahunan, pemantauan pelaksanaan projek-projek MARA serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan. BPK juga bertindak sebagai penyelaras dan penghubung berkaitan program dan aktiviti pembangunan MARA dengan pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Agensi Pusat.

Visi
Menjadi peneraju dalam perancangan dan pelaksanaan program serta aktiviti organisasi MARA

Misi
Memastikan perancangan dan pemantauan projek yang terbaik serta aktif dalam menjalankan penyelidikan untuk pembangunan program dan aktiviti bagi menjadikan Majlis Amanah Rakyat agensi utama pembangunan masyarakat Bumiputera

Objektif BPK

Menyedia dan menyelaras maklumat berkaitan perancangan, belanjawan, pemantauan dan penilaian program dan projek-projek pembangunan MARA.


Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu Pengurusan MARA di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan selaras dengan objektif MARA

Motto
"Perancangan Bersepadu Asas Kecemerlangan"

 

 

FUNGSI DAN AKTIVITI UTAMA

DASAR DAN PERANCANGAN

  • Menganalisis dan mengesan Dasar, Maklumat, Peraturan dan Amalan Kerajaan bagi membantu penggubalan dan penetapan dasar dalam MARA
  • Mengenalpasti dan mengkaji isu semasa yang mempunyai implikasi dasar terhadap aktiviti MARA dengan merumuskan cadangan untuk dijadikan panduan, peraturan dan amalan dalam pelaksanaan program/projek MARA
  • Mewujudkan data bank bagi membantu penggubalan dasar dan pewujudan program-program  MPPB oleh MARA
  • Menjalankan kajian kemungkinan dan penggubalan aktiviti dan projek MARA
  • Menyediakan aktiviti perancangan dalaman MARA
  • Menjalankan kajian yang menyokong pembangunan dasar dan penyediaan perancangan MARA
  • Menjalankan kajian impak program/projek MARA
  • Menyediakan program pembangunan ekonomi wilayah - WPI, NCER, ECER, SDC dan SCORE
  • Menjalankan kajian, mengenalpasti, menganalisa peluang-peluang perniagaan/projek di dalam pembangunan Wilayah Koridor


PENGURUSAN PROJEK

  • Menyelaras program/projek dan cadangan pembangunan program/projej sedia ada dan baru MARA
  • Menyelaras/Menyediakan kertas konsep dan perincian projek/program baru
  • Melaksana aktiviti pemantauan projek/program pembangunan MARA
  • Mengkaji/Menilai kesesuaian tapak/lokasi cadangan projek fizikal
  • Mengurus/Menganalisa dan memantau maklumat Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
  • Memantau prestasi program/projek MARA

 

 

BAJET PEMBANGUNAN

  • Menyediakan perancangan lima tahun MARA (RMK)
  • Menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP)
  • Menyediakan keperluan bajet pembangunan tahunan MARA
  • Memperolehi kelulusan dan peruntukan projek baru
  • Menganalisis dan mendapatkan kelulusan skop daripada agensi pusat.
  • Menyediakan keperluan rikupmen peruntukan pembangunan MARA
  • Mengurus Sistem Laporan Prestasi Program/Projek (L3P)
  • Memantau prestasi bajet pembangunan


PENGURUSAN OPERASI

  • Mengurus dan mengawal pentadbiran am
  • Menyediakan laporan prestasi projek fizikal dan Data Korporat MARA
  • Urusan Parlimen
  • Menyediakan Laporan Penunjuk Prestasi (KPI) MARA
  • Menyelaras aktiviti kualiti
  • Menyediakan Laporan Tahunan MARA
  • Perkonsian maklumat dalam dan luar MARA