PIAGAM PELANGGAN MARA PIAGAM PELANGGAN MARA

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Kami warga MARA sentiasa amanah dalam melaksanakan perkhidmatan yang berintegriti, berkualiti dan berkesan untuk memudahkan sistem penyampaian. Kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan seperti berikut:

  1. Permohonan Pembiayaan Perniagaan, Pinjaman Pelajaran dan Kemudahan Latihan Keusahawanan yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14 hari.
  2. Permohonan Sewaan Premis yang lengkap diputuskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tutup iklan.
  3. Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM diketahui mengikut peringkat seperti berikut:
    1. Tingkatan Satu - 30 hari selepas tarikh akhir ujian dan temu duga.
    2. Tingkatan Empat - 30 hari selepas tarikh keputusan PMR diumumkan.
  4. Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi MARA (lKM, KKTM, KPM, GMl, KPTM dan UniKL) diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup.
  5. Bayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada pembekal.