PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK) PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK)

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Syarat & Peraturan Penyewaan

  • Had Penyewaan : Minima RM3,000.00 | Maksima RM500,000.00
  • Tempoh Sewaan : 2-5 tahun
  • Kadar Sewaan Sebulan : 1% daripada nilai belian peralatan/mesin
  • Masa Bernafas : 2 bulan daripada tarikh semua peralatan dan mesin yang dipesan,dibekalkan,dipasang dan boleh digunapakai
  • Deposit Sewaan : 2 bulan atas kadar sewaan bulanan yang dikenakan
  • Kos Senggaraan : Atas tanggungan penyewa disepanjang tempoh penyewaan
  • Surat Tawaran Penyewa : Dikeluarkan oleh MARA dan perlu dipersetujui oleh usahawan sebelum menandatangani perjanjian penyewaan
  • Perjanjian Penyewaan : Perlu menandatangani surat perjanjian penyewaan dengan pihak MARA
  • Pengambilalih Oleh Penyewa : Penyewa MESTI mengambilalih peralatan / mesin yang disewa sekurang-kurangnya selepas 2 tahun penyewaan dengan satu harga yang akan ditetapkan dan dinilai oleh pihak MARA.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan dan boleh diperolehi daripada Pejabat-pejabat MARA Daerah dan Pejabat - Pejabat PUSMA di pejabat MARA Negeri yang berhampiran.

Fasa Perlaksanaan

Fasa 1
Peserta-peserta program perlu mengikuti terlebih dahulu Kursus-kursus Pembentukan Usahawan yang dianjurkan melalui modul - modul latihan yang tertentu untuk tempoh selama 15 - 20 hari secara berperingkat - peringkat.

Fasa 2
Peserta - peserta program akan membuat persediaan / perancangan untuk memulakan perniagaan seperti mengadakan tempat perniagaan, modal, pelesenan, peralatan & mesin dan lain-lain perkara berkaitan.Tempoh masa persediaan ialah tidak melebihi satu (1) tahun selepas latihan Fasa 1, di mana pihak MARA akan membantu peserta - peserta mendapatkan kemudahan - kemudahan perniagaan yang diperlukan.

Fasa 3
MARA akan membuat penilaian tentang kemajuan, masalah dan pencapaian peserta melalui satu program pemantauan dan susulan yang akan dijalankan dalam tempoh 3 tahun selepas peserta memulakan perniagaan. Program-program peningkatan akan dijalankan dalam fasa ini.

Fasa 4
Selepas berakhirnya Fasa ke - 3,usahawan perlu berdikari dan menguruskan perniagaan sendiri. Walau bagaimanapun pihak MARA akan terus berhubung dengan peserta-peserta bagi menggalakkan 'alumni' sesama peserta.

Syarat-syarat & Kelayakan

  1. Bumiputera berumur antara 18 - 50 tahun semasa permohonan
  2. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Kemahiran Asas dari IKM,GiatMARA atau lain- lain institusi teknikal MARA, atau Kerajaan & Swasta yang berkaitan
  3. Bagi bidang Elektrikal, pemohon perlu mempunyai Sijil Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
  4. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan iaitu:
    • Sekurang-kurangnya satu (1) tahun bagi yang mempunyai Sijil Kemahiran Asas
    • Sekurang-kurangnya dua (2) tahun bagi yang tidak mempunyai Sijil Kemahiran tetapi mempunyai kemahiran sendiri samada melalui pengalaman kerja atau sebagainya yang boleh disahkan oleh pihak - pihak tertentu
  5. Pemohon mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi (pemilihan akan dibuat melalui temuduga)

Permohonan

Iklan bagi menyertai program ini akan dibuat melalui akhbar - akhbar tempatan dan laman web MARA pada bulan November / Disember setiap tahun.

Halaman: 1  2  3