SKIM PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 
  1. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

MARA bekerjasama dengan bank komersil terpilih bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.

Kemudahan Pembiayaan

  • Cash Line Facility (Cash Facility)
  • Documentary Credit Murabahah Facility (DCM Facility)
  • Murabahah Working Capital Financing Facility (MWCF Facility)
  • Bai Al-Dyan Working Capital Financing Facility
  • Lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh bank komersil

Kelayakan Pemohon

  • Perniagaan Bumiputera berstatus Sendirian Berhad, Perkongsian dan Milikan Tunggal.
  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah permohonan.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank komersil.

Had Pembiayaan

  • Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian : RM 200,000.00- RM 500,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad                   : RM 200,000.00 – RM 5,000,000.00

Cagaran / Jaminan

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh bank komersil.

Yuran Jaminan

1% setahun daripada jumlah jaminan (termasuk 6% GST)

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada bank komersial terpilih atau Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran dengan operasi perniagaan.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8