SKIM PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 
  1. MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)

Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan Bank Rakyat bagi menawarkan kemudahan pembiayaan dan MARA bertindak sebagai penjamin.

Kemudahan Pembiayaan

  • Modal kerja
  • Pembelian aset
  • Pembiayaan projek/kontrak

Kelayakan Pemohon

Syarikat Bumiputera berstatus Sendirian Berhad :

  • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Modal berbayar sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah pembiayaan bank.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.
  • Perniagaan Bumiputera berstatus milikan tunggal atau perkongsian :      
    • Perniagaan telah beroperasi dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta memperolehi keuntungan bagi 2 tahun terkini.
    • Perniagaan hendaklah mempunyai rekod jualan minimum RM 500,000.00 setahun.
    • Perniagaan mestilah mempunyai penyata bank bagi tempoh 6 bulan terkini.
    • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
    • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.

Had Pembiayaan

  • Milikan Tunggal/Perkongsian : RM 200,000.00 - RM 500,000.00
  • Syarikat Sendirian Berhad        : RM 200,000.00 - RM 2,000,000.00

Cagaran / Jaminan

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.

Yuran Jaminan

1% daripada jumlah jaminan (termasuk 6% GST)

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dikemukakan sama ada melalui Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Pejabatan MARA Negeri/Daerah atau terus kepada Bank Rakyat.

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8