SKIM PEMBIAYAAN SKIM PEMBIAYAAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 
  1. Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)

Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan EXIM Bank untuk menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Malaysia yang menjalankan operasi perniagaan di Luar Negara.

Kemudahan Pembiayaan

  • Pembelian aset atau pengubahsuaian
  • Pembelian bahan mentah, gaji dan overhead dan sebagainya.

Kelayakan Pemohon

  • Syarikat Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
  • Syarikat pengendali di luar Negara mesti beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai Laporan Kewangan Beraudit dengan memperoleh keuntungan bagi 2 tahun terkini.
  • Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan BMC/CCRIS/RAM Credit.
  • Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Exim Bank.

Had Pembiayaan

Minimum  : RM 300,000.00

Maximum : RM 2,000,000.00

Cagaran / Jaminan

Bank :

  • Cagaran tanah di Malaysia dengan Nilai Paksa Jualan Tanah sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah pembiayaan diluluskan.
  • 2 orang penjamin yang menetap di Malaysia
  • Jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah

Jaminan Oleh MARA :

  • Jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8