TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

“Saya mula berniaga dengan menjalankan bisnes lori (pengangkutan lori) pada tahun 1972. Saya mendapat permit untuk mengendalikan empat buah lori tetapi disebabkan tidak cukup sumber kewangan, saya membeli dua biji lori dengan dibiayai pinjaman sepenuhnya dari MARA.

“Apa yang menyeronokkan saya, lori buatan Mercedes itu dibeli di kedai Cycle dan Carriage yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan pejabat MARA yang memberikan pinjaman tersebut, letaknya juga di jalan yang sama."

“Selepas tiga tahun berniaga, saya berjaya membayar semua pinjaman itu dan perniagaan saya berkembang. Bilangan lori juga bertambah daripada dua permulaannya."

“Malah, ketika saya memulakan perniagaan beras, saya juga mendapat sokongan dari MARA apabila membekalkannya kepada anak syarikat MARA, Senama Bhd."

“Saya amat terhutang budi kepada MARA kerana membantu saya di peringkat awal perniagaan. MARA telah berjaya memainkan peranan besar dalam membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera seperti saya.”

- TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY