Skip to Content

BAHAGIAN AUDIT DALAM BAHAGIAN AUDIT DALAM

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Latarbelakang

Bahagian Audit Dalam mula ditubuhkan pada 1 Julai 1979 di bawah tanggungjawab Pengarah Kewangan MARA. Pada 1985 Unit ini telah dipindahkan di bawah Jabatan Ketua Pengarah dan bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah MARA. Pada tahun 1996 Unit ini diletakkan terus di bawah Jawatankuasa Audit MARA dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada jawatankuasa tersebut. Selaras dengan penstrukturan MARA pada 16 Jun 2003, Unit ini telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Audit Dalam (AuD) MARA.

Tujuan dan skop penubuhannya telah dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979 yang berkuatkuasa pada 15 Ogos 1979 serta membuat penambahan ke atas peranan audit dalam iaitu memberi khidmat perunding dan menambah nilai kepada organisasi. Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 tahun 2004 bertarikh 12 Oktober 2004 pula, pelaksanaan audit dalam telah diperkemaskan dan fungsi audit telah diperjelaskan dengan terperinci.

Audit Dalam telah mengalami perubahan selaras dengan pengstrukturan semula MARA secara besar-besaran mulai tahun 2003. Selain dari itu, perkembangan–perkembangan dan penambahan aktiviti-aktiviti dalam organisasi MARA turut menyumbang kepada perubahan/evolusi Audit Dalam di MARA.

 

OBJEKTIF OPERASI

i. Memastikan setiap program dan aktiviti MARA dilaksanakan mengikut matlamat, dasar dan peraturan yang ditetapkan dan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.

ii. Menyediakan laporan yang berkualiti dan seimbang untuk dilaksanakan selaras dengan objektif audit.

iii.Memberi khidmat nasihat dan cadangan penambahbaikan kepada pengurusan MARA untuk memantapkan kawalan dalaman bagi meningkatkan tahap akauntabiliti organisasi MARA.

iv. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman ke atas sistem-sistem yang diaudit.

PIAGAM PELANGGAN

i. Laporan audit disiapkan dalam tempoh purata empat (4) bulan dari tarikh lawatan audit yang pertama di luar Ibu Pejabat
ii. Melaporkan hasil penemuan audit kepada Jawatankuasa Audit MARA (JAM) dan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA (JPPAM) sekurang-kurangnya 4 kali setahun
iii. Membuat susulan ke atas kesemua cadangan penambahbaikan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Audit MARA (JAM) dan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA (JPPAM) dalam tempoh 12 bulan


FUNGSI AUDITAN

Jenis-jenis auditan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
• Audit Pengurusan/Prestasi
• Audit Pematuhan
• Audit Siasatan
• Audit Penampilan


Audit Pengurusan/Prestasi

Objektif auditan ini adalah untuk menilai dan menentukan sesuatu program atau aktiviti organisasi telah mencapai matlamatnya dan sumber digunakan serta diurus dengan efektif, efisien dan ekonomik.

 


Audit Pematuhan

Adalah pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada pendapatan, perbelanjaan, aset dan stok diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan.

Audit Siasatan

Adalah pengauditan yang dijalankan untuk menyiasat sebarang aduan yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit MARA atau Ketua Pengarah MARA.

Audit Penampilan

Adalah audit yang dijalankan secara mengejut (spot check) ke atas pusat-pusat operasi MARA.

 

JAWATANKUASA AUDIT

Semua laporan auditan dibentangkan kepada jawatankuasa seperti berikut:

Skop Auditan Mesyuarat
Audit Prestasi
 • Jawatankuasa Audit MARA
 • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
Audit Pematuhan
 • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
 • Jawatankuasa Kewangan dan Belanjawan MARA
Audit Siasatan
 • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
Audit Penampilan dan Susulan
 • Jawatankuasa Penyelarasan dan Penemuan Audit MARA
 

 

Bilangan pelawat : | MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur . Tel: 03-26132000. Emel : webmaster@mara.gov.my