Skip to Content

Bahagian Industri Pengangkutan Bahagian Industri Pengangkutan

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

 

Pengenalan

Bahagian Kenderaan (BKN) telah ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Lembaga Kemajuan Kampung dan Industri yang dikenali sebagai RIDA (Rural Industry Development Authorithy). Tujuan penubuhan BKN adalah untuk memberi perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar bandar terutamanya bagi peneroka – peneroka FELDA dan seterusnya membantu bumiputera melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA.

Apabila RIDA dibubarkan dan diganti dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan rasminya pada 1 Mac 1966, maka Bahagian Kenderaan telah diletakkan di bawah pentadbiran MARA yang dikenali sebagai Bahagian Kenderaan MARA. Sejajar dengan itu juga, Bas RIDA telah di tukar namanya menjadi Bas MARA yang kemudiannya diberi nama Kenderaan Bas MARA.

OBJEKTIF

• Memastikan perjalanan bas seratus peratus mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.
• Membangunkan sumber manusia dengan mengikuti kursus/ latihan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
• Memastikan bas-bas diselenggarakan mengikut jumlah kilometer perjalanan yang ditetapkan.


PIAGAM PELANGGAN

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam di laluan-laluan yang ditentukan mengikut jadual perjalanan yang dipamerkan.

Kami juga akan memastikan :

  • Setiap penumpang mendapat tiket mengikut harga yang ditetapkan setelah membayar tambang
  • Setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh masa tiga hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.
  • Semua bas diperiksa setiap hari sebelum dan selepas beroperasi.
  • Perkhidmatan bas tambahan akan disediakan sekurang-kurangnya 2 buah bas pada musim perayaan mengikut keperluan laluan.
  • Setiap pembayaran kepada pembekal akan dibayar dalam tempoh masa 30 hari daripada tarikh penerimaan inbois.
  • Semua bas dicuci setiap hari selepas beroperasi.
  • Bas MARA Liner dipandu mengikut had laju yang ditetapkan.

Sehingga kini KBM mempunyai sebanyak 16 buah projek yang menjalankan perkhidmatan pengangkutan (Bas). Aktiviti utama projek-projek ini adalah tertumpu kepada perkhidmatan bas ekspres dan sewa khas, perkhidmatan bas berhenti-henti dan bengkel pembaikan dan selenggaraan.

Pada 24 September 2005, penjenamaan semula Projek Kenderaan Bas MARA (KBM) dengan nama baru iaitu MARA Liner telah dilancarkan di Kota Tinggi, Johor.. Projek ini dibahagikan kepada dua (2) buah pentadbiran iaitu Wilayah Utara di Mergong, Kedah dan Wilayah Tengah di Bahagian Kenderaan MARA, Tingkat 6.

Senarai projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

Wilayah Utara Wilayah Tengah
1. Projek ML Alor Setar
2. Projek ML Kuala Nerang
3. Projek ML Serdang
4. Projek ML Kangar
5. Projek ML Sik
6. Projek ML Yan
7. Projek ML Langkawi

1. Projek ML Bandar Tun Razak
2. Projek ML Chini
3. Projek ML Lurah Bilut
4. Projek ML Muadzam Shah
5. Projek ML Raub
6. Projek ML Tanjung Malim
7. Projek ML Teluk Intan
8. Projek ML Alor Gajah
9. Projek ML Bandar Penawar

Manakala 3 Pusat Operasi Ekspres MARA Liner diwujudkan di 3 Zon iaitu :

  1. Zon Tengah : Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Sungai Besi
  2. Zon Timur : Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Kuantan
  3. Zon Utara : Pejabat Pengurusan Operasi Ekspres MARA Liner Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah