Skip to Content

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Objektif

Membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.

Strategi

1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama rakan strategik.
3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan serta memenuhi keperluan Piawaian Global.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .


Piagam Pelanggan

Semua pelanggan berhak mendapat layanan profesional seperti berikut:

1.    Setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pembangunan Usahawan akan dilayan dalam tempoh 5-10 minit.
2.    Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
3.    Menjawab surat dalam masa tiga (3) hari bekerja daripada tarikh surat diterima.
4.    Memproses permohonan yang lengkap daripada tarikh penerimaan bagi kursus dalam tempoh satu (1) bulan.
5.    Menyediakan baucer dan dokumen bayaran daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap untuk tindakan Bahagian Kewangan MARA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.