BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) merupakan salah satu bahagian di sektor pendidikan MARA yang bertanggungjawab mengawal, merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di KPM, KM, UniKL, KPTM dan GMI. Di samping itu, BPT juga memainkan peranan untuk menjayakan matlamatnya seiring dengan matlamat MARA iaitu:

"Untuk melaksanakan tanggungjawab ke arah peningkatan pendidikan profesional dan separa profesional dalam bidang perakaunan,perdagangan dan pengurusan perniagaan serta kejuruteraan teknologi melalui institusi-institusi pengajian di bawah kawalannya."

Dasar kualiti

  • BPT beriltizam untuk menawarkan perkhidmatan pendidikan dan pengurusan kurikulum yang berkualiti melalui pelaksanaan pengurusan kualiti yang sentiasa dibuat penambahbaikan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing
     

Piagam Pelanggan

  • Mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke KPM dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
  • Memastikan setiap pengunjung kaunter dilayani dalam tempoh tidak melebihi 15 minit.
  • Menjawab panggilan telefon dalam masa 3 deringan.
  • Menyediakan baucar bayaran dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Memaklumkan keputusan rayuan pelajar dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan surat rayuan.
  • Menjawab surat-surat dalam masa 1 minggu daripada tarikh surat diterima.