Skip to Content

BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

PENGENALAN

Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan meliputi usahawan yang boleh menjana kekayaan, melahirkan tenaga kerja kompeten dan pelajar Bumiputera cemerlang. Untuk mencapai matlamat ini BPP menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran di pelbagai peringkat pengajian bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor pekerjaan. Tumpuan utama diberikan kepada bidang pengajian yang merangkumi bidang-bidang keberhasilan pendapatan tinggi dan akan menumpukan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) iaitu Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan, Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektrik & Elektronik, Pemborongan & Peruncitan, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Komunikasi & Infraskruktur, Pertanian, dan Greater Kuala Lumpur.

BPP memfokuskan untuk melahirkan lebih ramai graduan bertaraf Doktor Falsafah dan Profesional ke arah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama demi mencapai matlamat pembangunan modal insan berteraskan kepada perkembangan bakat keperluan negara.

Untuk menjaga kebajikan para pelajar tajaan MARA di luar negara, BPP juga memiliki 8 cawangan Pejabat MARA Luar Negara iaitu di Amerika Syarikat, England, Jerman, Ireland, Australia, Indonesia, Mesir dan Russia.

 

SKIM PINJAMAN PELAJARAN (SPiP)


SPiP Program Khas


  • Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya.
     
  • Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dll.
     
  • Pelajar akan disaring berdasarkan kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan temuduga.
     
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.
     
  • Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum ke luar negara.
     

SPiP Pinjaman Terbuka

  • Pinjaman ini diberikan khas kepada pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam negara.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem online eEduloan yang boleh dicapai di http://eduloan.mara.gov.my
  • Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.

Program Pasca Siswazah Dalam dan Luar Negara

  • Permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Ijazah Pertama untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, profesional dan doktor falsafah di dalam dan luar negara.
  • Pelajar perlu mendapatkan tawaran daripada universiti / institusi pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan / MQA dan universiti terkemuka luar negara.
  • Penajaan adalah untuk pengajian secara Kerja Kursus (by Coursework) dan Penyelidikan (by Research)

PENAJAAN MENGIKUT PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN

PERINGKAT PENGAJIAN

INSTITUSI PENGAJIAN / MOD PENGAJIAN

TEMPOH PENAJAAN

IPMa

IPTA

IPTS

Pengajian Separuh Masa (Dalam Negara Sahaja)

Pengajian Sepenuh Masa (Dalam dan Luar Negara)

Separuh masa

Sepenuh masa

Separuh masa

Sepenuh masa

Separuh masa

Sepenuh masa

 Diploma

-

-

-

-

-

-

3 tahun

 Ijazah Pertama

-

-

-

-

-

6 tahun

4 tahun

 Ijazah Sarjana

4 tahun

2 tahun

 Ijazah Doktor  Falsafah

8 tahun

4 tahun

 Profesional

4 tahun

2 tahun

 

Halaman: 1  2  

 

 

Bilangan pelawat : | MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur . Tel: 03-26132000. Emel : webmaster@mara.gov.my