Skip to Content

BAHAGIAN BINAAN DAN SELENGGARAAN BAHAGIAN BINAAN DAN SELENGGARAAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

PENGENALAN “BBS SEPINTAS LALU”

Perkhidmatan pengurusan projek fizikal MARA telah bermula sejak awal tahun 1980. Di bawah Bahagian Pengurusan Harta, Bekalan dan Kontrak (BPH), Cawangan Binaan telah diwujudkan bagi menjalankan tanggungjawab ini.

Dengan pertambahan kapasiti projek dan keperluan wujudnya organisasi khas yang menguruskan projek fizikal dan senggaraan Bangunan MARA, maka pada 1 Januari 2006, Cawangan Binaan dan Selenggaraan telah dipisahkan secara rasmi daripada pengurusan BPH dan menjadi sebuah unit sendiri iaitu, Unit Binaan dan Selenggaraan (UBS)

Bermula dari situ, unit ini telah berkembang dan dengan kekuatan seramai 53 orang warga kerja, pada 1 Oktober 2009, Unit Binaan dan Selenggaraan telah dinaiktaraf menjadi sebuah Bahagian, yang dinamakan sebagai Bahagian Binaan & Selenggaraan (BBS)

VISI BBS

Menjadi sebuah bahagian yang memberikan perkhidmatan profesional dalam pengurusan projek pembinaan dan selenggaraan MARA

 

MISI BBS

Menjadikan semua projek MARA diuruskan dengan cara terbaik  berteraskan faktor kualiti, masa dan kos demi memenuhi kehendak pengguna bagi memantapkan fungsi MARA ke arah Pendidikan & Keusahawanan Global

 

MOTTO BBS

Berkualiti  |  Bernilai  |  Sempurna

 

OBJEKTIF BBS

Dengan berteraskan 6 objektif utama, BBS komited untuk merealisasikan misi dan visi BBS iaitu;

  1. Menyediakan PERKHIDMATAN TERBAIK dalam pembinaan dan penyelenggaraan seluruh bangunan MARA

  2. Membuat PERANCANGAN TERATUR dalam merekabentuk bangunan MARA sesuai dengan perkembangan TEKNOLOGI PEMBINAAN TERKINI

  3. Menyiapkan projek binaan dalam TEMPOH YANG MUNASABAH tanpa mengganggu program pelaksanaan pihak pengguna

  4. Menjadikan BUDAYA SELENGGARAAN satu keutamaan bagi semua bangunan MARA

  5. Melahirkan lebih ramai KAKITANGAN TEKNIKAL MARA yang PROFESIONAL disamping menjadi PLATFORM perkembangan kerjaya kakitangan teknikal MARA.

  6. Membantu usaha-usaha MENAIKTARAF KONTRAKTOR DAN PERUNDING PROFESIONAL BUMIPUTERA dalam industri pembinaan di Malaysia agar lebih KOMPETETIF dan berdaya saing di PERINGKAT ANTARABANGSA.

PROGRAM BBS

BBS bertanggungjawab menjalankan pengurusan projek binaan dan selenggaraan MARA. Urusan ini meliputi urusan PRA-PEMBINAAN, PEMBINAAN, PASCA PEMBINAAN dan SELENGGARAAN


Pra-pembinaan
Pra-pembinaan meliputi tugas seperti pelantikan perunding professional, penyediaan anggaraan kos projek, kelulusan Jawatankuasa Kos dan Piawai di peringkat MARA atau kementerian, penyediaan rekabentuk, pelaksanaan Bengkel Pengurusan Nilai (Value Management), penyediaan dokumen tender, analisa tender dan pelantikan kontraktor.

Pembinaan
Di peringkat pembinaan BBS bertanggungjawab menguruskan urusan pentadbiran kontrak meliputi tugas seperti mesyuarat tapak, bayaran kemajuan kontraktor, laporan kemajuan tapak dan permohonan kelulusan-kelusan khas seperti permohonan perubahan harga kerja tambahan, permohonan lanjutan masa dan tuntutan kerugian kontraktor.

Pasca Pembinaan
Di peringkat pasca pembinaan BBS bertanggungjawab dalam pentadbiran tempoh tanggungan kecacatan dan urusan penutupan akaun akhir projek.

Selenggaraan
Bagi urusan selenggaraan, BBS bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja selenggaraan seperti kerja baik pulih, naik taraf dan peningkatan imej bangunan. BBS juga bertanggungjawab dalam menguruskan selenggaraan sistem bangunan MARA seperti lift, eskalator, sistem penghawa dingin, sistem bekalan air bersih dan sistem pencegah kebakaran

 

HALATUJU BBS (2012 – 2017)

Dengan semangat untuk menjadi sebuah organisasi yang berkembang maju dan memberikan perkhidmatan yang professional kepada MARA, BBS telah meletakkan 5 sasaran dan halatuju utama yang dirangka untuk dicapai dalam masa 5 tahun (2012 – 2017), iaitu :

  • Program penghasilan KAKITANGAN TEKNIKAL PROFESSIONAL MARA; iaitu melahirkan ramai kakitangan teknikal professional yang berdaftar dengan lembaga professional seperti  Arkitek Berdaftar (Ar.), Juruukur Bahan Berdaftar (Sr.) dan Jurutera Berdaftar (Ir.)

  • Menjadi PUSAT PERKEMBANGAN KERJAYA PROFESSIONAL TEKNIKAL khususnya dalam bidang pengurusan pembinaan dan selenggaraan bagi kakitangan teknikal MARA

  • Melaksanakan projek-projek binaan MARA dengan menggunakan kaedah Sistem Industri Bangunan atau INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

  • Melaksanakan urusan kerja pembinaan dan selenggaraan dengan menggunapakai sepenuhnya TEKNOLOGI DAN SISTEM ICT YANG TERKINI

  • Penerapan konsep GREEN BUILDING INDEX (GBI) dalam semua projek binaan MARA