Skip to Content

BAHAGIAN KEWANGAN BAHAGIAN KEWANGAN

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

OBJEKTIF

  1. Mencapai penggunaan optima yang berkesan ke atas sumber-sumber   kewangan MARA dengan cara mencipta dan mencadangkan jenis-jenis petunjuk mengenai dasar kewangan dan mangatur satu perkhidmatan dan jentera pengawalan yang berkesan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan.
  2. Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perakaunan yang menepati keperluan dan kehendak semua pihak yang berkepentingan.
  3. Mendapat Sijil Audit Bersih ke atas penyata kewangan tahunan MARA



PIAGAM PELANGGAN

  1. Pelajar -pelajar tajaan MARA yang telah dikemaskini fail induk di dalam sistem pelajar MARA akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.
  2. Memproses bayaran kepada pelanggan dalam tempoh 7 hari setelah menerima baucar bayaran yang lengkap.


DASAR KUALITI

Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan dan perakaunan yang cepat, tepat dan berintegriti serta menepati kehendak pelanggan pada setiap masa
Menghasilkan perkhidmatan cemerlang berlandaskan penambahbaikan yang berterusan dan mengamalkan budaya kerja cemerlang ke arah pencapaian tahap prestasi operasi optimum.


Fungsi Statutori BKW adalah:-

•    Penyediaan bajet tahunan MARA
•    Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan MARA


BKW terdiri daripada tiga cawangan yang mempunyai fungsi utama seperti berikut:-

Cawangan Bajet

Fungsi utama cawangan ini adalah menyedia, mengawal, mengurus dan melaporkan Bajet Mengurus tahunan MARA. Fungsi lain adalah termasuk pengurusan pembiayaan dari Kerajaan Malaysia serta pelaporan perbelanjaan Pembangunan.

Cawangan Akaun

Fungsi utama cawangan ini adalah menguruskan bayaran bagi pusat di Ibu Pejabat dan bayaran yang tidak dibenarkan dibayar di pusat luar Ibu Pejabat. Cawangan ini juga bertanggungjawab menyediakan prosedur, polisi dan peraturan kewangan untuk dipatuhi oleh pusat operasi MARA di samping membuat pemantauan serta mengawalselia aktiviti pengurusan kewangan di pusat MARA.

Cawangan Sistem Perakaunan

Fungsi utama cawangan ini adalah menyediakan Penyata Kewangan MARA dan Penyata Kewangan Kumpulan MARA setiap tahun serta memantau prosesan harian, bulanan dan tahunan bagi 34 sistem perakaunan di Sistem Maklumat Berkomputer MARA. Ia juga bertanggungjawab mengkaji keperluan sistem baru atau pindaan atau tambahan kepada sistem sedia ada termasuk membuat ujian bagi memastikan sistem yang disediakan adalah menepati keperluan pengguna. Selain itu, cawangan ini juga bertanggungjawab untuk melatih dan memantau penggunaan sistem kewangan berkaitan kepada pusat operasi MARA.