Mesyuarat Majlis MARA yang ke-269 pada 21 Disember 2000 telah bersetuju untuk melaksanakan pewujudan Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan di dalam struktur organisasi MARA. Bahagian Pengurusan Aset & Perolehan ditubuhkan hasil dari cadangan pengstrukturan semula Bahagian Pentadbiran & Kewangan MARA. Dalam pengstrukturan semula ini, Cawangan Logistik, Cawangan Kemudahan dan Cawangan Binaan yang pada asalnya diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran & Kewangan telah diasingkan dan diletakkan di bawah BPH.
Pewujudan BPH ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2001. Sehingga kini, BPH terdiri daripada empat cawangan utama iaitu :-
Cawangan Pengurusan Harta dan Perkhidmatan
Cawangan Perolehan dan Bekalan
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti dalam mengurus harta, perolehan & bekalan, binaan dan senggaraan bagi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan semua aktiviti MARA.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BPH
Cawangan Pengurusan Harta & Perkhidmatan
Mengurus, menyelaras dan merekod aktiviti-aktiviti pengurusan perolehan hartanah dan pelupusan harta MARA
Menyelia perkhidmatan kawalan keselamatan di Bangunan Ibu Pejabat, menyediakan pas keselamatan untuk kakitangan dan menguruskan senggaraan dan perlindungan insurans untuk kenderaan rasmi Ibu Pejabat
Mengurus dan menyelia kemudahan seperti kenderaan rasmi gunasama, tempat letak kereta di Bangunan Ibu Pejabat MARA dan agen penghantaran untuk perpindahan anggota MARA
Menyediakan kemudahan seperti pejabat, kuarters, Rumah Rehat MARA, waran tiket penerbangan untuk anggota MARA dan pelajar tajaan MARA
Mengurus pembayaran berkaitan dengan perolehan hartanah, cukai tanah dan pintu, bil senggaraan kenderaan rasmi MARA dan bayaran utiliti Bangunan Ibu Pejabat MARA
Cawangan Perolehan & Bekalan
Mengkaji, merancang, mengurus, memberi khidmat nasihat dan memantau perolehan bekalan untuk semua Pusat MARA
Mengendalikan urusan tender/sebutharga perolehan dan bekalan
Mengurus mesyuarat pemilihan petender khususnya Urusetia untuk Jawatankuasa Tawaran Kecil MARA (JKTKM), Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Ibu Pejabat (JPIP) dan Jawatankuasa Runding Harga MARA
Mengurus dan mentadbir Mel Pusat MARA, Percetakan Pusat MARA dan Pusat Rekod MARA
Menyelaras tempahan bilik mesyuarat, auditorium, ruang promosi dan Pusat Bimbingan Usahawan MARA
Bilangan pelawat : | MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur . Tel: 03-26132000. Emel : webmaster@mara.gov.my