Program Lepasan Spm Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)
Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara. * Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :
PROGRAM
TEMPOH PENGAJIAN
American Degree Foundation Programme
14 bulan
A – Level
1.5 – 2.0 tahun
A-Level German
2.5 tahun
Diploma International Baccalaurete (IB)
2.0 tahun
Perubatan Russia
3 – 6 bulan
Perubatan Indonesia
1.0 tahun
Kejuruteraan Peranchis
1.5 tahun
Australian Matriculation (AUSMAT)
1.5 tahun
Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)
Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang dikenalpasti di Malaysia. *Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
Program Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara.
Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
Program Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama
Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana.
* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan pada setiap hujung tahun bagi kemasukan sesi tahun hadapannya (tertakluk kepada pindaan). Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.
Bagi pengambilan sesi 2009/2010 iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar berikut pada 9 hingga 11 Januari 2009
Akhbar :
* Utusan Malaysia * Berita Harian * Sunday Times * Mingguan Malaysia * Berita Minggu
Skim Pembiayaan Terbuka (SPT)
Program Persediaan UNIKL.
Program Diploma.
Diploma Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL (BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA (KPTM).
Diploma Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
Diploma di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat Sijil Akreditasi Penuh LAN.
Program Ijazah Pertama.
Ijazah Pertama di IPMa
Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
Program Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan MARA.
Program Profesional.
Perakaunan – CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain
Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
Chartered Institute Of Transport (CIT)
Chartered Institute Of Insurance (CII)
Chartered Institute Of Logistics
Certified Financial Planner
Senibina Bahagian II
Bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional
Program Ijazah Sarjana/Tertinggi. Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang/kursus yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.
Program Kepakaran Perubatan/Pergigian Dan Lain-Lain. Tajaan bagi program ini adalah tertakluk kepada bidang-bidang kepakaran yang diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran masuk ke Universiti berkaitan. Walaubagaimanapun, pertimbangan tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.
NOTA : PERTIMBANGAN TAJAAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN SEMASA DAN DASAR TERKINI MARA
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
Sebarang cadangan dan komen sila hantarkan kepada:webmaster@mara.gov.my