Skip to Content

LANSKAP PEMBANGUNAN PROGRAM CONVERSION LANSKAP PEMBANGUNAN PROGRAM CONVERSION

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

‘Conversion' ialah satu proses transformasi untuk menjadikan pelajar-pelajar dari institusi-institusi kemahiran MARA dan awam sebagai usahawan. Pembangunan lanskap ini adalah satu platform untuk menggalakkan penyertaan aktif Bumiputera terutama golongan muda yang mempunyai kemahiran agar menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

Kumpulan sasar utama bagi lanskap ini adalah pelatih-pelatih lepasan institusi teknikal MARA seperti GIATMARA, IKM, IKTM, Infotech MARA dan FITEC. Walaubagaimanapun, lulusan daripada institusi lain akan dipertimbangkan untuk meningkatkan kumpulan sasar bagi lanskap ini.