Skip to Content

LOGO MARA LOGO MARA

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal


Logo MARA

RASIONAL AM LOGO MARA

 Roda bergigi

Roda Bergigi (14)

Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.

 Buku terbuka

Buku Terbuka

Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.

 Jangka lukis terbuka

 

Jangka Lukis Terbuka

Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.

 Spana dan skrew

Spana Dan Skrew

Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya.

 Tulisan Jawi

Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat

Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.

Warna
Merah
-
Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru.
Biru
-
Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.
Hitam
-
Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera
 

 

Bilangan pelawat : | MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur . Tel: 03-26132000. Emel : webmaster@mara.gov.my