Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 

SOALAN LAZIM

Pinjaman MARA

1. Bagaimana jika saya buat pinjaman dari MARA hanya untuk 6 bulan saja?

Sebelum jawapan diberi sama ada saudara boleh memohon pinjaman untuk 6 bulan, sukalah kiranya saudara dapat memberi maklumat lanjut seperti berikut kepada webmaster@mara.gov.my

1. Bidang kursus
2. Peringkat pengajian
3. Nama Universiti
4. Tarikh mula pengajian
5. Siapa yang membiayai pengajian sebelum ini. Sekiranya ada penaja kenapa penaja tidak sambung pembiayaan bagi 6 bulan ini.
6. Keputusan peperiksaan dari awal sehingga sekarang
7. Jumlah kredit/subjek yang telah diambil dan kenapa perlu drop 2 subjek
8. Latarbelakang saudara (akademik dan pekerjaan)
9. Latarbelakang keluarga
10. Pekerjaan ibu/bapa

Sekian untuk tindakan saudara seterusnya

Tajaan Bagi Bukan Bumiputera

1. Saya pemegang sijil SPM tahun 2002. Taraf penduduk saya ialah "PENDUDUK TETAP" walau pun lahir di Kelantan,Malaysia dan berketurunan melayu dan sedang menguruskan kewarganegaraan saya.Bolehkah saya membuat pinjaman pelajaran di peringkat diploma di MARA.

Dukacita dimaklumkan bahawa MARA tidak memberi tajaan kepada mereka yang berstatus 'penduduk tetap'. Selain daripada memenuhi syarat akademik pemohon mestilah berstatus Melayu/Bumiputera Warganegara Malaysia.

Sekian harap maklum.

Halaman: 1  2  3  


kklw myGoverment msc ekl

Tourism Malaysia mampupemudahiim