Skip to Content

Soalan Lazim Soalan Lazim

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

 

SOALAN LAZIM : KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

A.      PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR

S1.       Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
J1.        2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan sesi Julai.

S2.       Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya sama ada Berjaya atau gagal?
J2.        Dua (2) hingga Tiga (3) minggu selepas tarikh permohonan ditutup.

S3.       Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran.
J3.       Tidak boleh.

 

B.        PENDAFTARAN PELAJAR BARU

S1.       Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru?
J1.        Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.

S2.       Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
J2.      Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak
menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar semasa melapor diri.

S3.       Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?
J3.       Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa Dua (2) minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimanapun, MARA berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.

S4.      Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?
J4.        Tawaran akan terbatal.

S5.       Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J5.        Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baru.

S6.       Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri?
J6.        Tidak boleh. Sebarang pertukaran program atau kolej tidak dibenarkan.

S7.       Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?
J7.       Tidak.

 

C.        KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
 
S1.       Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPM?
J1.        Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM

S2.       Siapakah yang layak menerima elaun pelatih?
J2.        Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.

S3.       Adakah saya layak tinggal di asrama?
J3.       Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

S4.       Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
J4.        Tidak. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.

S5.       Siapakah yang akan membayar sewa penginapan pelajar yang tinggal di luar asrama?
J5.        Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.

S6.       Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
J6.       Tidak boleh.

 

D.        PROGRAM PENGAJIAN

S1.       Ke manakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
J1.        Pelajar boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS.

S2.       Adakah kesemua program pengajian di KPM mendapat pengiktirafan JPA?
J2.       Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam proses untuk mendapatkannya.

S3.      Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS ini memberi pemindahan kredit?
J3.       Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPM.

S4.      Adakah pihak MARA akan memberi kemudahan pinjaman bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah di IPTA / IPTS?
J4.        *Tertakluk kepada kursus serta syarat yang ditentukan oleh MARA iaitu di institusi seperti berikut:

  1. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KPTM, UniKL dan GMI
  2. IPTS yang berdaftar dengan MARA

*Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang boleh diperolehi dari Bahgian Penganjuran Pelajaran MARA.

S5.      Adakah pelajar KPM dikehendaki menjalani latihan industri?
J5.       Latihan industri diwajibkan bagi semua program di peringkat Diploma sahaja

S6.      Apakah yang dimaksudkan dengan Program Intensif Persediaan (PIP)?
J6.       PIP adalah program jangka pendek (5 bulan) untuk pelajar-pelajar yang tidak memenuhi kelayakan akademik untuk mengikuti program Diploma dan Higher National Diploma (HND).

 

SOALAN LAZIM – GMI

  1. Adakah GMI merupakan salah sebuah kolej di bawah UniKL?

    Tidak. GMI ialah sebuah Institut Pengajian Tinggi MARA (IPMa) yang beroperasi secara berasingan daripada UniKL.

 

  1. Apakah kelebihan menyambung pengajian di GMI berbanding institusi lain?

    Banyak kelebihannya. Antaranya ialah, GMI menggunakan pendekatan hands-on training berasaskan teknologi Jerman dalam sistem pembelajarannya dengan dibantu oleh mesin dan peralatan yang sofostikated dan terkini. Pelajar-pelajar juga dibahagikan kepada kumpulan yang kecil dalam sesebuah kelas untuk penumpuan yang khusus. Kemudahan asrama dan kompleks sukan adalah tersedia untuk kegunaan semua pelajar. Selain itu, pelajar lepasan GMI juga diterima baik oleh pihak industri.

 

  1. Di manakah boleh saya melanjutkan pelajaran selepas tamat pengajian di GMI?

    Pelajar lepasan GMI boleh melanjutkan pelajaran di hampir kesemua universiti / institusi tempatan atau luar negara.

 

SOALAN LAZIM - KKTM

  1. Bila boleh memohon?
  2. Bermula daripada iklan disiarkan di akhbar iaitu pada 1 Mac dan 1 September, setiap tahun.

 

  1. Berapa kali pengambilan dalam setahun?
  2. Dua (2 ) kali setahun iaitu pada Sesi Januari dan Sesi Julai setiap tahun.
  1. Syarat-syarat kelayakan ?

 

SYARAT KEMASUKAN

  1. Am
    1. Calon mestilah Warganegara Malaysia
    2. Calon mestilah bertaraf Bumiputera
    3. Calon mestilah berumur antara 17 hingga 45 tahun
    4. Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
    5. Berbadan sihat dan tidak cacat anggota

    1. Khusus
      1. Calon-calon mestilah mempunyai kelayakan akademik yang telah ditetapkan bagi mengikuti setiap latihan kemahiran di IKM/KKTM. Sila rujuk Syarat Kelayakan.

 

  1. Apakah jenis-jenis kursus yang ada di IKM dan KKTM?
  2. Program Perdana
    1. Sijil Kejuruteraan
    2. Sijil Teknologi
    3. Diploma Kejuruteraan
    4. Diploma Teknologi
  3. Program Pengajian Berterusan

i.  Konsep Pengajian Sepanjang Hayat

      1. Program Life-long Learning (2L) : 23 program (Remaja)
      2. Program Pengukuhan : 2 program (Graduan, Pekerja)

ii. Program Persediaan

      1. Titian 1 (GIATMARA - IKM)
      2. Titian 1A (TAHFIZ - IKM)
      3. Titian 1C (ABM - IKM)
  1. Jangkamasa kursus?

Bagi program Sijil tempoh pengajian adalah selama 2 (4 semester) – 3 tahun (6 semester) bergantung kepada kursus. Bagi program Diploma tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (6 semester).

  1. Apakah cara permohonan?
  2. Sijil           
    1. Borang boleh dibeli di mana-mana Pejabat MARA Negeri atau Daerah dan IKM atau KKTM yang berdekatan.
    2. Online dengan melayari laman web :

http://online.mara.gov.my/ikmonline/

  1. Diploma
    1. Online : http://online.mara.gov.my/upimonline/
  1. Di manakah IKM atau KKTM?
  2. IKM dan KKTM terdapat di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak mengikut kursus-kursus yang ditawarkan.

 

  1. Apakah had umur bagi menyertai IKM dan KKTM?
  2. 17 hingga 45 tahun.
  1. Adakah kursus yang ditawarkan sepenuh masa atau separuh masa?
  2. Sepenuh masa sahaja

 

  1. Apakah peluang melanjutkan pelajaran daripada peringkat sijil?
  2. KKTM
  3. UNIKL
  4. IPTA
  1. Berapakah bayaran yuran yang dikenakan?

a)     Yuran yang dikenakan hanyalah yuran pendaftaran

    1. RM 450.00 (pendaftaran)
    2. RM 350.00 (keperluan lain yang perlu dibeli pada hari lapor diri)

b)     Yuran pengajian bagi sepanjang tempoh pengajian adalah percuma.

  1. Adakah yuran semester atau yuran pengajian akan dikenakan?
  2. Ditanggung sepenuhnya oleh MARA dan elaun disediakan bagi yang berkelayakan.

 

  1. Adakah asrama disediakan?
  2. Kemudahan asrama disediakan dan tertakluk kepada IKM
  1. Berapakah jumlah elaun yang diberikan?
  2. Bagi program Sijil - RM 210.00
  3. Bagi program Diploma - RM 265.00

 

  1. Apakah kelayakan bagi mendapat elaun?

       Pendapatan bercukai ibubapa kurang daripada RM40,000 setahun

  1. Jika tolak tawaran, adakah akan disenarai hitamkan?
  2. Tidak.

 

  1. Bagaimana untuk membuat semakan status permohonan?
  2. Laman web www.mara.gov .my
  3. Telefon terus ke pejabat MARA sekiranya tiada jawapan dalam tempoh 3 bulan atau anda tidak berjaya
  1. Adakah penangguhan atau pertukaran dibenarkan?
  2. Sebarang permohonan Penangguhan atau Pertukaran surat rasmi permohonan boleh dihantar terus ke Urusan Pelatih.
  3. Kebenaran adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

 

  1. Adakah pelatih dikenakan memakai pakaian rasmi di IKM dan KKTM?
  2. Pelatih diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut IKM atau KKTM berkenaan.

 

  1. Adakah kemudahan makanan disediakan?
  2. Makanan disediakan tetapi bayaran akan ditolak daripada elaun pelatih.
  1. Adakah perlu buat pinjaman untuk peringkat diploma?
  2. Tidak perlu kerana yuran pengajian adalah ditanggung oleh MARA

 

  1. Bagi pelajar IKM – MIAT (Sijil Perakuan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Udara), adakah elaun diberi?
  2. Tidak tetapi boleh mendapatkan pinjaman daripada Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

 

FAQ
UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Semakan permohonan boleh dibuat sebulan selepas tarikh permohonan melalui laman web ataupun hubungi terus ke kampus pilihan pertama.

 

Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, rayuan hanya boleh dibuat sekiranya masih ada kekosongan tempat untuk program yang dimohon itu dan juga memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan. Rayuan boleh dibuat terus ke kampus program yang dimohon.

 

Sekiranya anda telah ditawarkan dan ingin membuat pertukaran program yang telah ditawarkan itu, ia perlulah memohon secara bertulis ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, Chancellery sebelum hari pendaftaran. Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan untuk program yang dimohon itu dan juga memenuhi syarat akademik program yang dimohon.

 

Surat tawaran akan diposkan kepada pihak anda sekiranya permohonan anda berjaya. Dan sekiranya anda tidak menerima surat tawaran sehingga hari pendaftaran, anda boleh mencetak surat tawaran daripada laman web dan ia boleh digunapakai semasa hari pendaftaran. Surat tawaran yang sebenar akan diberikan selepas hari pendaftaran. Sila hubungi pihak kampus yang menawarkan untuk pengesahan tawaran.

 

Permohonan penangguhan kemasukan boleh dibuat secara bertulis ke kampus yang menawarkan program. Penangguhan hanya boleh dibuat setelah bayaran yuran penerimaan tawaran (RM250) telah dijelaskan.

 

 SOALAN LAZIM : KOLEJ POLY-TECH MARA

A.        PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
S1.      Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
J1.       Dua 2 (kali) setahun iaitu pengambilan sesi Disember/Januari dan sesi Julai

S2.      Bagaimanakah cara untuk memohon ke KPTM?
J2.       Pemohon boleh memohon melalui 3 cara :

  • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
  • Menggunakan borang permohonan kolej
  • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.

S3.     Apakah bidang yang ditawarkan oleh KPTM?
J3.      KPTM menawarkan bidang :

    • Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Komunikasi dan Bahasa
    • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
    • Sains dan Sains Kesihatan
    • Kejuruteraan

S4.   Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti pengajian di KPTM?
J4.  Syarat kelayakan dan maklumat program, boleh diperolehi di laman web rasmi KPTM di www.kptm.edu.my

* Syarat-syarat dan maklumat program yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
           
S5.   Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya sama ada berjaya atau gagal?
J5.    1 hingga 2 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.

S6.  Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran?
J6.  Tidak boleh.

 

B.        PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

S1.       Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru?
J1.        Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.

S2.       Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
J2.      Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM.

S3.      Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?
J3.      Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimanapun Pihak KPTM berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.

S4.      Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?
J4.       Tawaran akan terbatal.

S5.      Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J5.       Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pelajar baharu.

S6.     Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri?
J6.    Boleh. Walau bagaimanapun bergantung kepada syarat kelayakan untuk program tersebut dan kekosongan tempat serta atas kelulusan pihak kolej.

S7.    Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?
J7.    Tidak.

 

C.        KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
 
S1.    Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPTM?
J1.    Boleh. Bergantung kepada kursus serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Ia juga bergantung kepada kelulusan oleh pihak MARA.

* Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
 
S2.     Bagaimana jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk Pinjaman MARA?
J2.      Pelajar boleh memohon pinjaman dari pihak lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

S3.      Adakah saya layak tinggal di asrama?
J3.      Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 &2) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.

S4.      Adakah penginapan di asrama dikenakan bayaran?
J4.       Ya. Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar

S5.       Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
J5.        Tidak. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.

S6.      Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
J6.       Boleh. Namun begitu perlu mendapat kelulusan pihak kolej untuk penggunaan di dalam kampus.


D.        PROGRAM PENGAJIAN

S1.       Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
J1.        Pelajar boleh memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS.

S2.      Adakah kesemua program pengajian di KPTM mendapat pengiktirafan JPA?
J2.     Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam proses untuk mendapatkannya.

S3.     Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS tersebut akan memberi pemindahan kredit?
J3.     Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPTM.

  1. Tiket penerbangan pelajar Sabah atau Sarawak ke Semenanjung?
    Perbelanjaan perjalanan akan dibiayai oleh MARA untuk perjalanan pergi (pendaftaran) dan perjalanan balik (tamat belajar) sahaja.
     
  2. Bilakah semakan permohonan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?
    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.
     
  3. Sekiranya permohonan saya tidak berjaya, bolehkah saya membuat rayuan.
    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.
     
  4. Sekiranya saya telah ditawarkan dan ingin membuat pertukaran program, adakah ia dibolehkan?
    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.
     
  5. Sekiranya saya telah berjaya tetapi surat tawaran tidak lagi diterima, apa yang harus saya lakukan?
    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.
     
  6. Sekiranya saya telah ditawarkan dan ingin membuat penangguhan kemasukan, bagaimanakah caranya?
    • Secara atas talian di laman web rasmi KPTM (www.kptm.edu.my)
    • Menggunakan borang permohonan kolej
    • Memohon semasa pendaftaran terbuka yang akan diadakan oleh pihak kolej.
 

 

Bilangan pelawat : | MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur . Tel: 03-26132000. Emel : webmaster@mara.gov.my