ZULKIFLI HARON ZULKIFLI HARON

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

ZULKIFLI Haron memandu uji hovercraft ciptaan terbaharunya di Zull Design Autotronic di Rawang baru-baru ini.

“MARA bukan sahaja mendidik saya dalam kemahiran teknikal malah turut memberi tanggungjawab kepada saya untuk menjadi pengajar di beberapa institusi pendidikan kepentingan Bumiputera ini.

“Malah MARA juga memberi kepercayaan kepada saya untuk menganggotai Lembaga Pengarah Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC) untuk mencetuskan idea-idea baharu dalam industri reka bentuk negara ini,” kata Zulkifli Haron.

Pengarah Urusan Zull Design Autotronic (ZDA) atau lebih dikenali sebagai ‘MacGyver’ membantu dalam membangkitkan semangat juang usahawan Bumiputera bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antrabangsa.

“Hasil bantuan dalam banyak perkara membolehkan usahawan itu mampu bergerak sehingga mencapai kejayaan yang sangat dibanggakan."

“MARA membawa saya ke era baharu dalam bidang reka bentuk dan paling menggembirakan saya dilantik untuk menduduki Lembaga Pengarah Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) sejak empat tahun lalu,” katanya.

Malah Zull Design pada asalnya hanya sebuah syarikat kecil kini semakin membesar dengan mempunyai sebanyak 25 kakitangan terdiri daripada pereka, pentadbir, tenaga teknikal dan pelbagai tenaga profesional.

Beliau telah menghasilkan banyak reka bentuk mesin dan peralatan baharu untuk keperluan industri kecil dan sederhana (IKS) bukan sahaja untuk keperluan tempatan malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Zulkifli yang merupakan pemilik syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) berkata, bukan tiada syarikat luar negara yang boleh menghasilkan mesin seumpama itu secara khusus tetapi kos yang diperlukan untuk melaksanakan kajian penyelidikan teramat mahal.

“Saya bercadang mendirikan International Technician School untuk mendidik mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran tetapi mampu mendapat pendidikan di syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Ferrari dan sebagainya.”

ZULKIFLI HARON
Pemilik dan Pengarah Urusan Zull Design Autotronic