𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗩𝗘𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Unit Integriti (UI) MARA telah melaksanakan Program Klinik dan Sesi Libat Urus UI @ TVETMARA Kuala Lumpur yang melibatkan penyertaan seramai 110 warga kerja TVETMARA Kuala Lumpur.
Program ini telah diketuai oleh Encik Shuhaimi Man, Ketua Unit Integriti MARA dan dilaksanakan sebagai platform perkongsian serta libat urus bagi meningkatkan kefahaman warga kerja berkaitan aspek integriti, tadbir urus serta usaha pencegahan rasuah dalam penyampaian perkhidmatan.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan menerusi sesi penerangan, perkongsian maklumat dan interaksi secara langsung bersama peserta.
Penghargaan dirakamkan kepada Encik Marzuki Mahamad Radzi, Pengarah TVETMARA Kuala Lumpur selaku tuan rumah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa budaya integriti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerja, seiring aspirasi MARA Bebas Rasuah bersempena sambutan 60 Tahun MARA.
Oleh: shafiz hamzah



